Assalamualaikum wr. wbt.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda yang telah banyak menyumbang tenaga dalam menyebarkan agama Islam ini.
Pada hari ini aku berkesempatan untuk mandi di jeram di Gunung Pasir, N9. Sahabatku yang bawa aku ke sana. Sungguh seronok dapat mandi di sana. Tempat kedua selepas beberapak kali datang ke Gunung Pasir ini dibawa ke tempat pertama. Selesai mandi, dalam perjalanan pulang ke rumah sahabatku, kami ditegur oleh seorang mak cik. Sahabatku berhenti. Mak cik tersebut mengajak kami ke kebun beliau di tepi jalan tempat kami lalu. masuk di dalam kebun tersebut, kami disambut dengan beberapa ekor biri-biri yang dipelihara oleh mak cik di dalam kebun yang berpagar itu. Di dalamnya terdapat pohon Rambutan, durian, pulasan, duku, langsat dan beberapa jenis pokok buah-buahan tempatan yang lain. Dek kerana kesuntukan masa, kami hanya memetik rambutan dan pulasan sahaja setelah dipaksa oleh mak cik tersebut.
Menurut sahabatku, sebenarnya mak cik ini telah lama mengajak beliau ke kebunnya iaitu sejak dari mula beliau bekerja di Gunung Pasir ini. Maknanya sudah tiga tahun lebih ajakan itu baru disambut..hehe. Bukan tidak mahu pergi tapi tidak sempat untuk kenal rumah mak cik itu.
Usai memetik rambutan anak sekolah dan beberapa biji pulasan, kami diajak pula ke rumah beliau. Kelihatan di depan rumah ialah suami mak cik tersebut. Pak cik Razali berusia 66 tahun baru sahaja selesai membuat pembedahan di kaki beliau dengan dimasukkan besi ke dalam tulangnya.
Kami dihidangkan pula dengan durian yang baru diambil dari kebun. Kesuntukan masa menyebabkan kami hanya singgah sekejap sahaja di rumah pak cik dan mak cik itu.
No comments:
Post a Comment