Wednesday, October 2, 2013

Ingat Mati

Assalamualaikum wr. wbt....

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.

"Saya nak ingatkan,  masa depan kita yang sebenar ialah akhirat. Jika tidak ingin menggadai masa depan, hendaklah fikir kepentingan akhirat. Amatlah tidak betul jika menyebut tentang masa depan tetapi dalam masa yang sama menggadaikan kepentingan akhirat". Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat


Bila direnung dan diamati kata-kata ulama ini, hati kecil ini lantas terasa seperti ditujukan kata-kata tersebut kepada diriku. Masa depan yang yang sebenar adalah di akhirat. Oleh yang demikian, apa yang perlu dilakukan adalah beribadat dan sentiasa melakukan kebaikan di muka bumi Allah ini.

Sedetik hati ini tersentak bila terfikirkan tentang akhirat. Ya, untuk menuju kepada akhirat manusia akan melalui kematian. Setiap makhluk di dunia ini akan mati dan tidak terkecuali dengan manusia. Sudah sediakah aku dengan kematian yang bakal aku lalui? Itulah pertanyaan aku setiap hari. Namun begitu, diri ini seakan hanya berfikir sementara dan selepas itu kembali kepada keadaan asal. Ibadat kepada-Nya seperti biasa, kebaikan juga dilakukan dengan biasa, malah senantiasa juga diri ini melakukan kesilapan. 



Jika di bulan Ramadhan, amal ibadat digandakan, keburukan dapat dielakkan dan dibendung. Namun keadaan ekmabali seperti sediakala bila Syawal menjelang. Tidak sedarkan diri ini bahawa kematian tidak menunggu saatnya yang akan tiba entah sekejap lagi, malam ini, esok, lusa, minggu depan, bulan depan atau tahun depan. Sudah semakin singkat masa di bumi Allah ini. Usia yang semakin bertambah menandakan diri ini semakin dekat dengan kematian. Sedarlah hati, insaflah diri, muhasabahlah segala perbuatan selama ini.


















No comments:

Post a Comment