Saturday, February 25, 2012

SK SIBUGAL BESAR, SANDAKAN

Assalamualaikum wr. wbt..

Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Ihsan serta agama Islam yang meresap dalam diri ini, aku masih kuat untuk mengharungi hari-hari yang penuh dengan cabaran yang tidak diduga yang semestinya "perancangan Allah adalah perancangan YANG TERBAIK untuk setiap hamba-Nya.

Tanggal 13 Februari 2012 pertama kali aku menjejak kaki di bumi Sabah iaitu di lapangan terbang Kota Kinabalu. Suasananya amat berbeza dengan Semenanjung. Seterusnya pada 14 Februari 2012, setelah sampai di lapangan terbang Sandakan, aku disambut oleh guru Panitia Pendidikan Islam SK Sibugal Besar iaitu Ustaz Ahmad Sidqi, Beliau adalah perantau dari Perak yang tekah berkhidmat di sekolah tersebut sejak tahun 2005. Aku dibawa pulang ke rumahnya yang berdekatan dengan lapangan terbang tersebut. Setelah berehat seketika dan mandi, aku diajak ke sekolah oleh Ustaz Ahmad Sidqi.

Sepanjang perjalanan dari rumah Ustaz Ahmad Sidqi ke sekolah yang jaraknya sekitar 25km cukup mengejutkan jiwa yang dikira bagai terpaku dengan perubahan suasana kehidupan. Hampir sejam perjalanan kami kerana jalan yang dilalui untuk ke sekolah sedang dibaiki dan sedikit rosak..he3

Maka terpampanglah nama SK SIBUGAL BESAR di hadapan sekolah tersebut. Bukan keadaan sekolah yang aku ingin ceritakan pada entri kali ini, namun cukup untuk aku berkongsi sejarah sekolah tersebut yang pada perkiraan aku, paling minima aku akan berada di sekolah ini selama 5 tahun..Allahu rabbi


SEJARAH SEKOLAH SK SIBUGAL BESAR

SK. Sibugal Besar terletak di Kampong Sibugal Besar, iaitu kira-kira 25.15 kilometer daripada Bandar Sandakan. Pada mulanya, kampung Sibugal Besar tidak mempunyai jalan masuk ke dalamnya kecuali jalan denai yang tidak sesuai untuk kenderaan terutamanya kereta. Namun, berkat semangat dan gotong royong warga kampung, sebuah jalan telah disambung dengan jalan utama di Kampung Sungai Batang.

Sk. Sibugal Besar diasaskan oleh Encik Edali bin Gampal. Beliaulah yang telah menghadiahkan sebidang tanah miliknya seluas 2.41 ekar sebagai tapak sekolah kepada Jabatan Pendidikan Sabah . Pada peringkat permulaan, hanya sebuah bangunan sekolah serta sebuah rumah guru telah dibina di atas tanah tersebut. Ia adalah sumbangan daripada Majlis Daerah Sandakan. Bangunan awal ini menempatkan tiga bilik darjah sebagai perintis iaitu masing-masing bagi tahun 1,2 dan 3. Jumlah muridnya pada masa ini adalah 48 orang. Gurunya pula ialah 2 orang sahaja iaitu guru besarnya ialah En Awang Durai bin Gasah dibantu oleh seorang guru yang lain iaitu En. Jumatil bin Edali. Inilah keadaannya ketika ia mula dibuka untuk beroperasi sebagai sebuah sekolah pada 18 hb April 1968.

Dalam tempoh sepuluh tahun selepas ia mula beroperasi, jumlah muridnya bertambah setiap tahun. Melihat perkembangan ini, Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil langkah untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Sebuah lagi bangunan baru telah dibina yang menyediakan 3 bilik darjah tambahan dengan bilik guru dan bilik guru besar.

Tahun berikutnya,sebuah bangunan sekolah lagi dibina bersama dengan 2 unit rumah guru. Bangunan baru ini menyediakan 3 bilik darjah tambahan dan satu bilik serba guna. Ia siap pada tahun 1983 dan mula digunakan menjelang pertengahan tahun 1984.

Akhirnya, pada 2 Februari 1985, kedua-dua bangunan sekolah yang telah siap dibina ini telah dirasmikan oleh Dr. Hj. Isa Ramli selaku pengarah pendidikan Sabah pada masa itu. Seterusnya , pada 02 Jun 1985, sijil pendaftaran yang mengesahkan sekolah ini sebagai sebuah sekolah kerajaan telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran sabah dengan nombor pendaftaran JPS/PSS/REN/0454 dengan ketegori pengredan yang diberikan ialah gred C.

Kini, SK SIBUGAL BESAR ditadbir oleh Guru Besar yang bernama Pn. Norliza Che Ishak yang baru berkhidmat di sekolah ini pada bulan April 2011.


SUMBER SEJARAH SEKOLAH : http://sksibugalbesar.blogspot.com/


1 comment:

  1. Alhamdulillah, selamat sampai....
    Moga menjadi asbab hidayah di sana.

    ReplyDelete