Thursday, February 9, 2012

Merantau Nun di Sana

Assalamualaikum wr. wbt...

Alhamdulillah..nikmat iman dan islam mengatasi segalanya. Pagi nan indah di hari Jumaat ini aku melihat dan terus melihat kelibat sahabat-sahabat yang pulang ke rumah masing-masing dari kampus yang indah dengan suasana keceriaan dan kehijauan ini. Aku pula masih di sini, menunggu dan terus menunggu namun tidak berupaya untuk aku pulang ke kampung halaman di Kelantan.

Baru dua minggu berada di kampus ini, kini aku terpaksa berpisah jauh dari tempat yang banyak melahirkan kenangan. Hari-hari yang berlalu sepanjang dua minggu ini dilalui dengan penuh pengisian rohani dan jasmani...alhamdulillah

13 Februari 2012 akan datang, JPN Sabah tempat akan dituju. Buat sahabat-sahabat seperjuangan di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka yang masih bersedih kerana dihantar ke Sabah yang semuanya 'ore klate' dan juga sahabat-sahabat di IPG Seremban yang juga dihantar ke Sabah juga semuanya 'ore klate' serta sahabat-sahabat dari seluruh IPG di Semenanjung yang akan berada di Sabah dan Sarawak, redhalah dengan apa yang tersurat untuk kita.

Walaupun terdapatnya unsur-unsur penganiayaan terhadap kita terutamanya 'ore klate', namun itulah suratan yang telah termaktub untuk kita. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang Dia telah aturkan untuk kita.

Tidak dinafikan kita akan mengalami masalah kewangan tatkala pergi ke sana kerana duit banyak telah dihabiskan ketika mendaftar pada 30 Januari yang lepas. Namun kita sama-sama betul dan benarkan niat kita. Tujuan kita memohon KPLI j-QAF ketika itu adalah untuk berdakwah dan mendidik anak bangsa. Benar kata seorang penceramah, "kita perlu gembira untuk menjadi PENDIDIK kerana pendidik dan PENGAJAR adalah berbeza". Allah senantiasa akan membantu orang-orang yang melakukan pekerjaan dengan niat beribadat kepada-Nya..insya Allah

Restu ayahanda dan bonda terpaksa aku pohon dari jauh kerana masa kekurangan masa untuk pulang ke kampung. Minggu lepas aku telah pulang ke kampung atas beberapa hal yang perlu diselesaikan..dan itu merupakan restu yang aku dapat dari mereka untuk aku meneruskan perjuangan dalam menjadi seorang pendidik.
i
Tahniah buat sahabat-sahabat KPLI j-QAF Ambilan Januari 2012 yang dipilih ke Sabah dan Sarawak dalam pemilihan yang penuh dengan kepelikan..insya Allah ada hikmah disebalik semua ini...


No comments:

Post a Comment