Thursday, November 10, 2011

Ucapan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V...Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Dari FB Tuan Guru MB Kelantan

Bismillah. Saya mewakili batang tubuh saya dan seluruh warga tadbir kerajaan negeri Kelantan dan rakyat Kelantan khususnya merafak sembah tahniah Ke Hadapan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Kali ke-42 Tahun 2011 pada besok hari 11 November 2011. Semoga Kelantan terus dilimpahi keberkatan yang berpanjangan berteraskan syariat Allah SWT di bawah naungan Tuanku.

Allahuakbar!



Sekadar selingan : Gambar Sultan Muhammad V(bertopi merah) melakukan sendiri penyembelihan ketika Eidul Adha pada 6 November 2011 yang lepas.

KOTA BHARU 7 Nov. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra mencemar duli menghadiri majlis ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha anjuran MAIK di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji di sini hari ini. - (Petikan akhbar)

* Seronok rakyat hok duk di Klate. Cuti Keputeraan 2 hari. Tahun nie pulok Hari Keputeraan kena pada hari Jumaat, cuti ganti hari Ahad lah.he3. Mungkin kebetulan, tapi inilah hakikat Islam yang sebenar. Tahun pertama sambutan keputeraan baginda kena pada hari Jumaat yang barakah, juga berada dalam bulan Zulhijjah, bulan yang mana diketahui merupakan pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. . Sultan Kelantan yang berjiwa rakyat ini dapat kita lihat dari perwatakan baginda bersahaja. Allahu akbar..

No comments:

Post a Comment