Sunday, April 25, 2010

PaNduAn CaRa MaKaN IkuT SuNnaH NaBi SAW

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan. Apa keuntungan itu?

  1. Pahala yang berlipat ganda
  2. Keberkatan.

Baik, kali ini saya nak kongsikan dengan anda tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang saya tahu). Bolehlah kita sama-sama amalkan yer.

  1. 1. Cara duduk ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduknya ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri. Faham? Hmmm.susah saya nak terangkan melalui tulisan ini. Apa2pun, cuba tengok gambar ni.

    Duduk makan cara sunnah...

    Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air.

    Ada orang tanya saya, macammana kalau kita makan atas kerusi/meja? Macammana nak duduk cara sunnah? Hmm, kalau makan atas kerusi/meja, tak bolehla nak ikut sunnah. Sebab kalau ikut sunnah, makan kena atas lantai. Barulah boleh duduk cara sunnah ni.

    Kalau tanya saya, mana satu lebih baik, makan atas lantai ikut cara sunnah atau makan atas kerusi/meja, maka pastinya saya akan jawab, TENTUNYA CARA SUNNAH PALING BAGUS. Sebab di situ ada ganjaran PAHALA dan KEBERKATAN nya. So, terpulanglah pada masing-masing untuk amalkan.

  2. Makan menggunakan tangan. Bukan guna sudu / garfu, bukan guna chopstick. Tetapi guna tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan.
  3. Makan dengan menggunakan 3 jari. Ada orang kata, macammana nak makan dengan 3 jari saja. Susah la kalau nak makan nasi. Nabi dulu takperla, baginda banyak makan roti dan buah-buah kurma saja.Hmmm, tentang itu, saya ‘no comment’.

    Pada saya, kalau nak amalkan tak susah mana. Orang-orang Cina pun diorang makan guna chopstick jer…2 batang kayu jer guna. OK jer apa. So, macammana boleh kata susah untuk makan guna 3 jari??

    Saya sarankan kepada mereka yang nak mula amal sunnah ini, gunakan 3 jari pada suapan pertama tu dulu. Lepas-lepas tu, bolehla makan macam biasa.

  4. Apabila nampak makanan, disunatkan baca doa “Allahumma baariklana………”
  5. Sebelum makan, disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan juga berkumur-kumur. Ada banyak kelebihan bagi mereka yang mengamalkan perbuatan membasuh tangan dan berkumur ni.
  6. Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut, sila baca doaBismillahiwa’ala barokatillah
  7. Lepas makan, kita disunnahkan untuk menjilati jari-jari kita yang digunakan untuk mengambil makanan tadi. Hikmah kepada perbuatan ini, kandungan enzim yang ada pada tangan / jari kita tadi akan makin cepat bercampur dengan makanan dan seterusnya memudahkan proses pencernaan.
  8. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah. Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.

    Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran.

  9. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Haaa yang ni nampak macam senang jer nak amal. Tapi sebenarnya susah gak nak amal.

    Biasanya kita makan ni ikut nafsu.Selagi tak kenyang, selagi tu lah kita ‘melantak’. Nak-nak pulak kalau kita pi makan kat hotel-hotel atau restoran yang menyediakan hidangan cara ‘buffet’. Memang sampai nak pecah perut, baru la berhenti makan. Betul tak? Saya tak cakap pada orang lain ni, saya cakap kat diri saya sendiri…huhu

Sekian, semoga kita sama-sama dapat amal. Makan ikut cara sunnah Nabi SAW ni sangat-sangat penting sebenarnya. Sebab kita akan makan hari-hari. Sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Kalau kita makan tak ikut sunnah, maka kita hanya makan macam ikut adat saja. Macam lembu dan kambing makan. Makan sebab lapar dan sebab nak penuhi nafsu makan kita.

Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi SAW, seperti yang di katakan tadi, kita akan dapat

  1. PAHALA
  2. KEBERKATAN.

Jadi, pilihan di tangan anda. Nak makan macam lembu dan kambing makan, atau nak ikut sunnah Nabi SAW?

Buatlah pilihan yang bijak…

Baca selanjutnya...

Wednesday, March 31, 2010

Nik Aziz Kekal Mursyidul Am PAS


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama Pas mengekalkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am parti itu dalam mesyuaratnya di sini, semalam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pelantikan Nik Aziz dibuat sebulat suara, sekalipun Menteri Besar Kelantan itu bersedia untuk berundur jika diminta berbuat demikian. Abdul Hadi yang mengumumkan perkara itu di lobi Parlimen di sini semalam berkata, Mesyuarat Majlis Syura Ulama turut melantik Datuk Dr Harun Din sebagai Timbalan Mursyidul Am.

Semua pelantikan itu untuk tempoh lima tahun. Presiden PAS itu menyifatkan pelantikan Nik Aziz menggambarkan kedudukan moral yang tinggi dalam kepimpinan Pas.


Baca selanjutnya...

JgN PnDg ReNDaH Pd OranG

Satu hari seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang dikayuh oleh seorang pengayuh sampan. Di tengah-tengah sungai, professor bertanya: Kau pandai menulis dan membaca?

Tidak. Saya buta huruf. Jawab si pengayuh sampan.

Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup.

Tidak lama selepas itu, professor bertanya lagi: Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan saja. Macammana nak simpan duit.

Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti.

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir mahu tenggelam.

Si pengayuh sampan bertanya kepada professor: Tuan, apakah tuan pandai berenang?

Errerrr, saya tidak tahu laaa. Jawab professor dalam keadaan panik.

Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!


Apa pengajaran dari cerita ini ?:
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya, Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa hina diri sebaliknya binalah keyakinan diri. Allah ciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Baca selanjutnya...

Thursday, March 18, 2010

Lima Tanda Hati Keras Membatu

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".

Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:


1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan

Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran

Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat

Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah

Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah

Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)
Baca selanjutnya...

Wednesday, March 17, 2010

Prinsip-prinsip Kejayaan

Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.

Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”

Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.

Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.

Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

Prinsip pertama:

Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:

“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:

Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:

“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).

Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga

Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.

Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat
Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:

'Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34).

Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.

Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda.

Prinsip kelima

Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam

Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,

“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.

Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.

Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh

Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan

Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan

Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.

Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21)

Baca selanjutnya...

Tarikh Penting Sejarah Islam

ZAMAN RASULULLAH SAW

20 April 570M/571M
12 Rabiul Awwal Tahun Gajah

Nabi Muhammad SAW dilahirkan di Makkah

575M
Raja Khosran I dari bangsa Sassanid menghalau Habshah dari Yaman

586M
Nabi Muhammad SAW berkahwin dengan Sayyidatina Khadijah

6.8.610M
17 Ramadan

Turunnya wahyu pertama di Jabal Nur - Iqra`

Peristiwa Khadijah membawa Nabi berjumpa dengan seorang tua lalu mengesahkan bahawa beliau akan dihalau oleh kaumnya. Beliau meneruskan pertapaan di gua Hiraq.

613M
Selama 2 1/2 tahun selepas menerima wahyu pertama Nabi Muhammad SAW terus bertahannut di Gua Hira` sehingga di satu malam baginda melihat wajah sebenar Jibril di gua Hira` dan pulang dalam ketakutan lalu menyuruh Khadijah menyelimutkannya lalu turunnya wahyu kedua “Ya ayyuhal muddatsir” - Nabi Muhammad SAW mula berdakwah secara sembunyi.

614M
Parsi menakluki Damascus, Jerusalem dan Mesir - Mengalahkan Rom. Majusi mengalahkan ahlil kitab.

616M
Setelah 3 tahun berdakwah secara sembunyi turunlah ayat 94 Surah Al Hijr (15) …Fasda’ maatu’mar…..maka Nabi pun memulakan fasa kedua dakwah secara terang dengan berdiri di Bukit Sofa dan menyeru penduduk Makkah supaya beriman kepada Allah SWT, lalu dikutuk oleh Abu Lahab, bapa saudaranya sendiri. Lalu turun ayat Tabbat Yadaa …

618M
Rom mengalahkan Parsi seperti diramalkan oleh Al Quran - Surah Ar Ruum

620M
Meninggalnya Khadijah pada usia 65 tahun dan Abu Talib pada usia 87 tahun dalam tahun yang sama iaitu tahun ke 10 dari kenabian , baginda pergi ke Taif dan dilontar dengan batu oleh penduduk Taif dan akhirnya baginda di Israk dan Mikrajkan oleh Allah SWT

621M
Perjanjian Aqabah I - 5 orang penduduk Madinah berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.

622M
Perjanjian Aqabah II - 12 orang ketua-ketua suku Madinah termasuk seorang wanita berbaiah dengan Nabi di Jamrah Aqabah sewaktu musim haji tahun itu.
Peristiwa ini juga dipanggil Baiatun Nisak kerana terdapat seorang wanita dalam kumpulan itu.

10.9.622M
Peristiwa permesyuaratan ketua-ketua kaum di Makkah dengan disertai oleh iblis yang menyamar sebagai orang tua untuk membunuh nabi lalu turun ayat 30 surah al Taubah/al anfaal wamakaru wamakarallah…

12.9.622M
1 R/awwal 1H
Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah - Permulaan Rasmi Era Kaum Muslimin

8 R/Awwal 1H
Nabi tiba di Quba` selatan Madinah dan mendirikan Masjid yang pertama dalam Islam. Baginda bersolat Subuh di Masjid Quba`.

24.9.622M
12 R/Awwal 1H

Nabi Nabi bersama Abu Bakar dan Ali mendirikan Masjid Jumaat dan mendirikan sembahyang Jumaat yang pertama dalam Islam. Seterusnya baginda berjalan ke utara sehingga sampai ke tapak Masjid nabi sekarang.

623M 2H
Setelah 16-17 bulan nabi bersembahyang menghadap Baitul Maqdis turun wahyu membenarkan baginda menghadap kiblat ke Masjidil Haram. Ini disebabkan orang-orang yahudi sering mengejek-ngejek Rasulullah SAW kerana bersembahyang menghadap Baitul Maqdis. Peristiwa ini berlaku ketika nabi bersembahyang Zohor di Masjid Qiblatain.

624M 2H
Yaumul Furqaan - Peperangan Badar - nabi vs musyrik Makkah. Nabi menyertai 27 kali peperangan sepanjang hayatnya. Kaum Muslimin mencapai kemenangan

625M 3H
Peperangan Uhud - Nabi dengan musyrik Makkah. Kaum Muslimin mengalami kekalahan kerana tidak mentaati perintah Nabi agar jangan turun dari Bukit Rumah (Bukit Pemanah)

Peristiwa rombongan Abu Sufyan dipanggil oleh Gabenor Rom di Syam bertanyakan ehwal nabi. Gabenor tersebut hampir masuk Islam tetapi kemudiannya menarik balik hasratnya kerana malu kepada masyarakatnya.

625M 3H
Peristiwa orang munafik di bawah pimpinan Abdullah bin Ubai menghasut 300 orang tentera Islam supaya jangan mengikut nabi berperang di Uhud.

627M 5H
Peperangan Khandaq/ Ahzab - nabi dengan Gabungan Quraish dan Yahudi. Kaum musyrikin
bertempiaran ditiup oleh angin ribut pasir yang diturunkan oleh Allah SWT.

627M 5H
Peritiwa Yahudi bani Quraizah menikam kaum muslimin dari belakang yang mengakibatkan nabi membatalkan perjanjian damai dan membunuh 700 orang lelaki dan menghalau saki bakinya dari kota Madinah.

628M
Zulkaedah 6H

Nabi melaksanakan Umrah - Perjanjian Hudaibiyah - Perjanjian damai ini memberi kesempatan kepada Nabi untuk mengkonsolidasi kaum muslimin supaya menjadi kuat dan menumpukan kepada aspek dakwah dan tarbiyah.

630M 8H
Fathul Makkah - kegagalan kaum musyrikin berpegang kepada perjanjian Hudaibiyah telah
memungkinkan Nabi menakluki Makkah.

630M 8H
Peperangan Tabuk - Nabi dan Yahudi - Peperangan Nabi yang terakhir

630M 8H
Peperangan Muktah -Kaum Muslimin dan Rom - Pimpinan Khalid Al Walid

632M
25 Zulkaedah 10H

Nabi melaksanakan Haji Wadak

6.632M
12 R/awwal 11 H

Wafatnya Rasulullah SAW pada usia 63 tahun dan dimakamkan di rumahnya di pinggir Masjid Nabi

Baca selanjutnya...

Wednesday, March 10, 2010

BaYaRaN HoSpiTaL diMaNsuHkaN

KUALA LUMPUR 10 Mac - Kerajaan akan memansuhkan bayaran wad yang dikenakan terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan berkuatkuasa 1 April ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam berkata menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2010 yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam pemansuhan itu turut terpakai untuk anggota keluarga dan ibu bapa mereka.

"Pemansuhan bayaran wad itu juga tidak menjejaskan kelayakan wad yang ditetapkan untuk pegawai berdasarkan gred pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata kelayakan wad untuk pegawai pengurusan tertinggi, Gred 45-54 ialah Kelas 1 bilik seorang, Gred 31-44 (Kelas 1 bilik berdua), Gred 21-30 (Kelas 1 bilik bertiga) dan Gred 1-20 (Kelas 2).

Kelayakan untuk anggota keluarga dan ibu bapa sah adalah berdasarkan kelayakan yang ditetapkan kepada pegawai awam berkenaan, katanya.

Kelayakan wad untuk pesara dan anggota keluarga mereka pula adalah berdasarkan gred hakiki terakhir pegawai sebelum bersara.

Ismail berkata jika pegawai awam, pesara, anggota keluarga atau ibu bapa sah meminta untuk dimasukkan ke dalam wad yang lebih tinggi daripada kelayakan yang ditetapkan, pegawai awam atau pesara itu perlu membayar bayaran wad mengikut kadar yang dikenakan ke atas orang awam.

"Pegawai dan pesara juga dikehendaki membayar deposit sebelum dimasukkan ke wad yang lebih tinggi mengikut kadar yang ditetapkan,” katanya. - Bernama

Baca selanjutnya...