Sunday, January 19, 2014

Kelantan Pusat Kebangkitan Islam di Nusantara

KOTA BHARU: Kelantan dicadang dijadikan pusat kebangkitan Islam akhir masa (KIAM) bagi nusantara memandangkan kedudukannya dianggap sebagai jantung rantau ini.

Ketua Umum Rabitah Azmat Indonesia, KH Dr M Dhiyauddin Qushwandi Azamat Khan berkata, Kelantan sesuai dijadikan sebagai pusat penyatuan ulama rantau ini.

“Kelantan sebagai jantung ummah di nusantara. Ia juga dianggap sebagai cermin (serambi) bagi pusat pengembangan dakwah.

“Malah di sini juga ada ulama kasyaf. Dan ditambah pula dengan kekuatan kerajaan negeri yang ditadbir berpandu ajaran Islam,” katanya pada Ijtimak Ulama Nusantara di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di sini, hari ini.

Ijtimak tersebut dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB).

Hadir sama ulama terkenal dari Turki, Dr Sheikh Mohamed Fadzil al Jailani dan wakil Persatuan Pondok Pattani. Sebahagian peserta merupakan pelajar-pelajar pondok, imam dan guru-guru Yayasan Islam Kelantan.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco.

Selain itu wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Pengerusi PPPB, Dr Lokman Abdullah.

Dan malam ini pula akan berlangsung solat hajat dan mahabbah Rasul di Dewan Besar Balai Islam, Lundang. Turut dianjurkan kuliah Tafsir al Jailani disampaikan Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bentani.

Dr Dhiyauddin juga berkata, Bukit Panau, Tanah Merah pernah menjadi pusat Islam di nusantara sebelum Islam tersebar ke Melaka dan Jawa.

Menurutnya Syeikh Jamaludin Akbar Ahmad Jalal dan Syeikh Tsanuadin Ahmad Jalal menjadikan Bukit Panau sebagai kerajaan cermin bagi pusat kegiatan pendidikan dan dakwah.

Manakala Syeikh Isa Nurullah Ahmad Jalal pula menjadikan Pulau Besar, Melaka sebagai kegiatan dakwah.

“Ketiga-tiga ulama tersebut menjadi perintis dalam permulaan eskpansi dakwah di nusantara,” ujarnya.

Beliau juga menggaris problematika umat Islam di rantau ini sekarang iaitu lemah ketakwaan, luntur ukhuwah dan semangat dakwah yang rendah.

Menteri Besar ketika berucap sebelum itu berkata, kebangkitan Islam di nusantara sebagai menyambung obor Islam yang malap di Andalusia.

Malah katanya juga, golongan ulama lebih awal bagi menentang penjajah termasuk Tok Janggut, Datuk Bahaman dan Tok Kenali.

Nassuruddin pula berkata, pada zaman lampau ramai pelajar dari seluruh nusantara datang ke Kelantan untuk menuntut ilmu agama.

Misalnya Tok Kenali mempunyai ratusan anak murid yang datang daripada kepulauan Melayu bagi menuntut ilmu di pondoknya di Kubang Kerian. 

SUMBER : Harakahdaily
Baca selanjutnya...

100 Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dalam Kehidupan


 
http://freeislamiccalligraphy.com/wp-content/uploads/2013/05/Muhammad-2-940x1005.jpg
Buatlah pilihan yang mana satu dari 100 ini, jika hendak buat semua pun tidak ada halangan... dipersilakan...
1-Tidur Dalam Keadaan Berwuduk
2- Baca surah Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas Sebelum Tidur
3- Takbir dan Tasbih Ketika Tidur
4- Berdoa Ketika Terbangun Dari Tidur Waktu Malam
5-Doa ketika Bangun Daripada Tidur
6- Berkumur dan Menghisap Air Ke Dalam Hidung Dari Satu Cedukan Sebelah Tangan
7- Berwuduk Sebelum Mandi
8-Baca Doa Selepas Wuduk
9-Jimat Penggunaan Air
10- Selepas Wuduk Sembahyang Dua Rakaat

11-Menjawab Seruan Azan
12- Banyak Bersugi
13- Ke Masjid Awal
14- Pergi Ke Masjid Berjalan Kaki
15- Hadir Sembahyang Dengan Tenang
16- Doa Ketika Masuk Dan Keluar Masjid
17- Sembahyang Berhadang
18- Duduk Atas Dua Tumit Yang Didirikan Ketika Duduk Antara Dua Sujud
19-Duduk Atas Lantai Dengan Mendirikan Kaki Kanan Ketika Duduk Tahyat Akhir
20- Banyakkan Berdoa Setelah Tahyat Akhir Dan Sebelum Beri Salam
21- Melakukan Sembahyang Sunat Rawatib
22- Sembahyang Dhuha
23-Qiyamullail
24- Sembahyang Witir
25- Sembahyang Dengan Beralas Kaki
26- Sembahyang Di Masjid Quba’
27- Sembahyang Sunat Di Rumah
28-Sembahyang Istikharah
29-Duduk Di Tempat Sembahyang Selepas Sembahyang Subuh Hingga Terbit Matahari
30- Mandi Hari Jumaat
31- Hadir Awal Untuk Sembahyang Jummat
32- Mencari Masa Mustajab Doa Hari Jumaat
33- Pergi Dan Balik Sembahyang Raya Dengan Jalan Berbeza
34- Sembahyang Jenazah
35- Ziarah Kubur-kubur
36- Sahur (Puasa)
37- Segera Berbuka Puasa
38-Menghidupkan Ramadhan
39- Iktikaf Pada Bulan Ramadhan
40- Puasa Sunat Enam Hari Dalam Bulan Syawal
41- Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
42- Puasa Hari Arafah
43- Puasa Hari Asyura
44- Pilih Seorang Ketua (Musafir)
45- Takbir Ketika Melalui Tempat Tinggi Dan Tasbih Ketika Menuruni Tempat Rendah
46- Doa Ketika Singgah Sesuatu Tempat
47- Terlebih Dahulu Ke Masjid Apabila Balik Dari Musafir
48- Doa Ketika Pakai Baju Baru
49- Mula Dengan Kaki Kanan Apabila Pakai Alas Kaki
50- Baca Bismillah Ketika Makan
51- Ucap Al-Hamdulillah selepas Makan
52- Minum Dalam Keadaan Duduk
53-Berkumur Dengan Susu
54- Tidak Mencela Makan
55- Makan Dengan Tiga Jari Tangan Dan Menjilat Jari Itu Apa Bila Selesai Makan
56- Minum Dan Berubat Dengan Air Zam-Zam
57- Sarapan Terlebih Dahulu Sebelum Pergi Sembahyang Raya Fitri
58- Banyak Membaca Al-Quran
59- Baca Al-Quran Dengan Suara Yang Bagus
60- Zikir Kepada Allah Setiap Ketika
61- Bertasbih
62- Mendoakan Orang Yang Bersin
63- Doa Untuk Pesakit
64- Meletak Tangan Pada Tempat Sakit Serta Doa
65-Berdoa Ketika Mendengar Ayam Berkokok
66-Berdoa Ketika Hujan Turun
67- Baca Zikir Ketika Masuk Rumah
68-Baca Zikir Dalam Majlis
69- Berdoa Ketika Hendak Masuk Tandas
70- Berdoa Ketika Angin Bertiup
71- Doa Untuk Muslimin Yang Tidak Bersama
72- Berdoa Ketika Mendapat Musibah
73- Menyebarkan Salam
74- Menuntut Ilmu
75- Meminta Izin sebelum Masuk Tiga Kali
76- Tahnik Mulut Anak Yang Baru Lahir
77- Akikahkan Anak
78- Singkap Sebahagian Badan Agar Kena Hujan
79- Melawat Pesakit
80- Senyum
81- Ziarah-Menziarahi Kerana Allah
82- Nyatakan Kecintaan Apabila Cinta Terhadap Seseorang
83- Tutup Mulut Apabila Menguap
84- Sangka Baik Terhadap Manusia
85-Membantu Keluarga Dalam Kerja Rumah
86- Sunnah Fitrah
87- Menjaga Anak Yatim
88- Menjauhi Marah
89- Menangis Kerana Takut Terhadap Allah
90-Bersedakah Jariah
91- Membina Masjid
92-Telorensi Ketika Berjualbeli
93- Menghilang Gangguan Jalan
94-Sedekah
95- Banyak Melakukan Amal Sholeh Pada 10 Zulhijjah
96- Membunuh Cicak
97- Larangan Mencerita Dari Semua Perkara Yang Didengari
98- Memberi Nafkah Keluarga
99- Lari-lari Anak Semasa Tawaf
100- Beramal Sholeh Berterusan Walaupun Sedikit
Antara 100 di atas.. cuba kira berapa yang kita amalkan secara istiqamah.. kemudian boleh bagi % KPI kita tahun ini..
 
 
SUMBER :  http://www.kedahlanie.info 
                 : Harakahdaily
 
Baca selanjutnya...

Thursday, January 9, 2014

Tahun Melawat Kelantan 2014... Serunding Daging Antara Keunikan Makanan Kelantan

 

KOTA BHARU:  Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, negeri Kelantan antara yang bakal dikunjungi oleh pelancong sama ada dalam atau luar negara.

Keunikan negeri itu sama ada kawasan pelancongan, kraftangannya, makanannya antara yang menarik minat orang ramai ke negeri itu.

Sambal daging atau serunding antara produk yang dihasilkan oleh pengusaha di negeri itu bakal menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara.

Pasar Besar Siti Khadijah tempat jualan pelbagai produk penduduk setempat, turut memasarkan serunding sama ada dari daging tempatan atau import.

Harga yang ditawarkan RM50 untuk daging import, manakala daging tempatan RM60 sekilogram.

Hasnah Lohman, 45, antara peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah yang menjual serunding disamping keropok, dodol, belembung buaya dan lain-lain lagi.

Beliau yang tingal di Kampung Terial Bunut susu berkata bukan sahaja pelancong dalam negeri, sebaliknya luar negara seperti dari Amerika, Indonesia, Singapura dan beberapa buah negara lagi sering mengunjungi kedainya untuk mendapatkan produk berkenaan.

“Sempena Tahun Melawat Malaysia, saya bersedia menyambut kedatangan pelancong luar negara terutama tempatan khususnya cuti perayaan Cina nanti dengan bekalan yang mencukupi.

“Semua peniaga di sini khususnya dit tingkat satu ini akan mendapat pulangan yang agak tinggi berbanding biasa diwaktu cuti umum,”ujarnya.

Hasnah yang memulakan perniagaan ketika masih belum berkahwin kira-kira 23 tahun lalu, kini dibantu suami Che Ilias Che Daud, 51.

Beliau mengakui pada hari biasa jualannya hanya mencecah RM100 hingga RM150.

Bagaimanapun, tambahnya bila cuti umum atau persekolahan jualannya meningkat RM350 sehari.

“Walaupun ianya jarang berlaku, namun ianya dapat menampung kehidupan kami sekeluarga,”ujarnya.

Seruding daging juga boleh didapati di pasar-pasar besar sekitar negeri Kelantan, bukan hanya di Pasar Siti Khadijah sahaja. Contohnya di PASAR BESAR TUMPAT, PASAR BESAR WAKAF BAHRU, PASAR PASIR MAS dan pasar-pasar yang lain. :) 
Baca selanjutnya...

Wednesday, January 8, 2014

Maulidurrasul

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda, kaum kerabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Islam dijulang di mana-mana, tanpa Islam siapalah kita di dunia ini. Sambutan maulidurrasul bakal diadakan. Ini salah satu cara kita umat Islam menunjukkan rasa kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Walaupun terdapat perbahasan tentang tarikh sebenar Baginda dilahirkan, namun tarikh 12 Rabiul Awal merupakan satu tarikh yang diambil oleh kebanyakan umat Islam di dunia untuk memperingati tentang kelahiran Rasulullah S.A.W. 

Indah bicara dan tutur kata, baik budi pekerti dan berbudi bahasa. Merupakan beberapa sifat terpuji yang ada pada Baginda S.A.W. . Betapa banyak kita menyanjungi Baginda, begitu jualah amalan yang perlu kita lakukan.

Ramai juga yang berbahas tentang cara umat Islam dalam memperingati Baginda S.A.W. . Aku bersetuju dengan beberapa pendapat sesetengah daripada mereka. Kita bukan hanya menunjukkan kecintaan kita terhadap Rasulullah S.A.W. hanya dengan bernasyid, berqasidah dan menyebut nama Baginda semata-mata, namun perlu jua dilakukan dengan perkara-perkara yang lain lagi.


Antara cara yang baik dalam memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW :

1. Amalan-amalan yang baik, bermanfaat dan berguna bagi masyarakat
2. Berzikir dan meningkatkan ibadah kepada Allah
3. Mengingat sejarah perjuangan Rasulullah SAW
4. Memberi sedekah kepada yang memerlukannya atau fakir miskin
5. Meningkatkan silaturrahim
6. Bersyukur dengan sebenar-benarnya
7. Mengadakan majlis ta'lim yang membahas kebaikan Rasulullah SAW

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, Bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya". (QS. Al-Ahzab:56.)

 Sesungguhnya hakikat perayaan sambutan maulidurrasul adalah merupakan salah satu rasa syukur dan memperingati Baginda S.A.W. .
Baca selanjutnya...

Thursday, November 14, 2013

Tahniah SK GAS

Assalamualaikum wr. wbt...

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi  Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya. 


Alhamdulillah kita berada di pagi Jumaat yang penuh dengan barakah ini. Masih lagi diberikan kesihatan untuk beribadat kepada Allah S.W.T. di muka bumi ini.


Kelmarin tanggal 14 November 2013 merupakan hari yang dinanti oleh murid-murid tahun enam seluruh Malaysia. Keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Berita gembira daripada sekolah tempat aku mengajar sekarang. 


Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan sekolah ini, pada tahun ini murid yang mendapat 5A dalam UPSR ialah empat orang. Sebelum ini hanya seorang sahaja murid yang mendapat 5A dalam UPSR. Kebetulan pula kelmarin diadakan Hari Graduasi dan Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah ini. Ibubapa ramai yang datang memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.


Empat orang murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR di SK GAS ini ialah Mohamad Azri Dawisani, Mohd Azrie Madali, Mohd Ikmal Mustaqim bin Mohd Said dan Nurhayati bin Amil. Mereka dari keluarga yang sederhana. Sempat juga aku mengetahui bahawa bapa salah seorang daripada murid yang mendapat 5A ini hanyalah seorang tukang kebun sekolah. Begitulah kegigihan yang ditunjukkan oleh mereka untuk mengubah nasib keluarga. 


Tahniah dan syabas aku ucapkan buat murid-murid SK GAS yang memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR (5A:4 orang), (4A:2 orang), (3A: 9 orang), 2A, 1A, dan kepada yang lulus semua matapelajaran dalam UPSR 2013. Semoga kalian berjaya....





















Baca selanjutnya...

Tuesday, November 12, 2013

Puasa Hari As-Syura

Assalamualaikum wr. wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Alhamdulillah, pagi nan indah. Cuaca pada pagi ini tidak panas dan tidak juga hujan. Cuaca yang baik untuk semua  orang. Insya Allah. Hari ini 9 Muharram 1435H. Hari yang disunatkan untuk puasa. Esok tanggal 10 Muharram 1435H juga merupakan hari yang sangat baik untuk berpuasa.

     عن أبي هريرة  قال: قال رسول الله : ((أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل)) رواه مسلم.
     Dari Abu Hurairah  dia berkata: Rasulullah  bersabda: “Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah (bulan) Muharram, dan solat yang paling utama setelah solat wajib (lima waktu) adalah solat malam”.

Hadis yang mulia ini menunjukkan dianjurkannya berpuasa pada bulan Muharram, bahkan puasa di bulan ini lebih utama dibandingkan bulan-bulan lainnya, setelah bulan Ramadhan.


Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadis ini:

- Puasa yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa ‘Aasyuura’ (puasa pada tanggal 10 Muharram), kerana Rasulullah S.A.W.  melakukannya dan memerintahkan para sahabat  untuk melakukannya, dan ketika Baginda ditanya tentang keutamaannya Baginda  bersabda: “Puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu”.

- Lebih utama lagi jika puasa tanggal 10 Muharram digandingkan dengan puasa tanggal 9 Muharram, dalam rangka menyelisihi orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana Rasulullah S.A.W. ketika disampaikan kepada Baginda bahawa tanggal 10 Muharram adalah hari yang diagungkan orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka Baginda bersabda: “Kalau aku masih hidup tahun depan maka sungguh aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram (bersama 10 Muharram)“.

- Adapun hadis “Berpuasalah pada hari ‘Aasyuura’ dan selisihilah orang-orang Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya”, maka hadis ini lemah sanadnya dan tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dianjurkannya berpuasa pada tanggal 11 Muharram.

- Sebahagian ulama ada yang berpendapat dimakruhkannya (tidak disukainya) berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja, kerana menyerupai orang-orang Yahudi, tapi ulama lain membolehkannya meskipun pahalanya tidak sesempurna jika digandingkan dengan puasa sehari sebelumnya.

- Sebab Rasulullah S.A.W. memerintahkan puasa tanggal 10 Muharram adalah kerana pada hari itulah Allah menyelamatkan nabi Musa A.S. dan umatnya, serta menenggelamkan Fir’aun dan bala tentaranya, maka nabi Musa  pun berpuasa pada hari itu sebagai rasa syukur kepada-Nya, dan ketika Rasulullah  mendengar orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu kerana alasan ini, maka Baginda  bersabda: “Kita lebih berhak (untuk mengikuti) nabi Musa  dari pada mereka”. Kemudian untuk menyelisihi perbuatan orang-orang Yahudi, Baginda menganjurkan untuk berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram.

Baca selanjutnya...

Sunday, November 3, 2013

Tahniah Pahang Syabas Kelantan

Assalamualaikum wr. wbt.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.


Hari terakhir berada di tahun 1434H. Tahun baru bakal tiba beberapa jam sahaja lagi. Bagaimanakah dengan perancangan di awal tahun lalu? Moga-moga perancangan di tahun 1434H yang belum terlaksana akan dapat aku laksanakan pada tahun 1435H. Insya Allah.


Malam tadi telah berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Malaysia peringkat akhir di Stadium Shah Alam yang melibatkan pasukan Kelantan dan Pahang. Rezeki berpihak kepada Pahang yang mempamerkan aksi yang mantap dan bertenaga. 


Tahniah aku ucapkan buat pasukan Pahang kerana telah menjuarai Piala Malaysia pada edisi ke-87. Syabas aku ucapkan buat pasukan negeri kelahiranku Kelantan yang dapat mara ke peringkat akhir Piala Malaysia pada tahun 2013 edisi ke-87 ini. Syabas juga aku ucapkan buat seluruh penyokong negeri Kelantan kerana menyokong pasukan negeri. Walaupun piala pada tahun ini terlepas dari genggaman, diharap pasukan negeri Kelantan akan terus memantapkan pasukan untuk masa akan datang.



TAHNIAH PAHANG.....SYABAS KELANTAN........













THIS IS PANTAI TIMUR
Baca selanjutnya...