Assalamualaikum wr. wbt.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , kaum kerabat Baginda, para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.
Alhamdulillah, pagi nan indah. Cuaca pada pagi ini tidak panas dan tidak juga hujan. Cuaca yang baik untuk semua orang. Insya Allah. Hari ini 9 Muharram 1435H. Hari yang disunatkan untuk puasa. Esok tanggal 10 Muharram 1435H juga merupakan hari yang sangat baik untuk berpuasa.
عن أبي هريرة قال: قال رسول الله : ((أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل)) رواه مسلم.
Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah (puasa) di
bulan Allah (bulan) Muharram, dan solat yang paling utama setelah
solat wajib (lima waktu) adalah solat malam”.
Hadis yang mulia ini menunjukkan dianjurkannya
berpuasa pada bulan Muharram, bahkan puasa di bulan ini lebih utama
dibandingkan bulan-bulan lainnya, setelah bulan Ramadhan.
Mutiara hikmah yang dapat kita petik dari hadis ini:
- Puasa yang paling utama dilakukan pada bulan Muharram adalah puasa ‘Aasyuura’ (puasa pada tanggal 10 Muharram), kerana Rasulullah S.A.W. melakukannya dan memerintahkan para sahabat untuk melakukannya, dan ketika Baginda ditanya tentang keutamaannya Baginda bersabda: “Puasa ini menggugurkan (dosa-dosa) di tahun yang lalu”.
- Lebih utama lagi jika puasa tanggal 10 Muharram
digandingkan dengan puasa tanggal 9 Muharram, dalam rangka menyelisihi
orang-orang Yahudi dan Nasrani, kerana Rasulullah S.A.W. ketika disampaikan
kepada Baginda bahawa tanggal 10 Muharram adalah hari yang diagungkan
orang-orang Yahudi dan Nasrani, maka Baginda bersabda: “Kalau aku masih
hidup tahun depan maka sungguh aku akan berpuasa pada tanggal 9 Muharram
(bersama 10 Muharram)“.
- Adapun hadis “Berpuasalah pada hari ‘Aasyuura’ dan selisihilah orang-orang Yahudi, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya”, maka hadis ini lemah sanadnya dan tidak boleh dijadikan sebagai sandaran dianjurkannya berpuasa pada tanggal 11 Muharram.
- Sebahagian ulama ada yang berpendapat dimakruhkannya
(tidak disukainya) berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja, kerana
menyerupai orang-orang Yahudi, tapi ulama lain membolehkannya meskipun
pahalanya tidak sesempurna jika digandingkan dengan puasa sehari
sebelumnya.
- Sebab Rasulullah S.A.W. memerintahkan puasa tanggal 10 Muharram
adalah kerana pada hari itulah Allah menyelamatkan nabi Musa A.S. dan
umatnya, serta menenggelamkan Fir’aun dan bala tentaranya, maka nabi
Musa pun berpuasa pada hari itu sebagai rasa syukur kepada-Nya, dan
ketika Rasulullah mendengar orang-orang Yahudi berpuasa pada hari itu
kerana alasan ini, maka Baginda bersabda: “Kita lebih berhak (untuk
mengikuti) nabi Musa dari pada mereka”. Kemudian untuk menyelisihi perbuatan orang-orang Yahudi, Baginda menganjurkan untuk berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram.
No comments:
Post a Comment