Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

CaLoN SuaMi

Assalamualaikum wr. wbt..

Sedikit perkongsian buat sahabat2. Khusus buat kaum Adam. Aku ada menerima satu email dari seorang sahabat dengan ayatnya berbunyi begini....

" Lelaki @ suami idaman...

Jika saya seorang wanita beginilah ciri2 yang akan saya pilih untuk dijadikan suami..

1- Beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya

2- Penyayang dan bersikap sabar

3- Matang dalam setiap perkara
Justify Full
4- dan lain2 ciri2 suami soleh

5- paling penting TIDAK MEROKOK "


Apa yang ingin disampaikan pada kali ini adalah buat kaum Adam yang MEROKOK, buanglah tabiat merokok kalian kerana umum telah tahu bahawa rokok tidak baik untuk kesihatan. Bukan kepada perokok ahaja malah kepada semua orang yang berada di sekeliling perokok. Jadi, bagi perokok tegar, separuh tegar, yang baru berjinak-jinak liar dalam penghisapan rokok, HENTIKANLAH tabiat yang tidak sihat itu !!!


Baca selanjutnya...

Wednesday, November 24, 2010

PeNjaGaaN KeSiHaTaN AnaK2 MeNuRuT IsLaM

Part 3 - Mengajar Anak Menggunakan Air Bersih

Para ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya menggunakan air yang suci dan bersih menurut syarak. Tujuannya ialah supaya mereka dapat membezakan antara air suci dan air yang terkena najis. Hanya air yang suci menurut syara dapat menjaga kepentingan bersuci atau keperluan hidup mereka dalam kehidupan setiap hari. Menurut syarak, air yang terjaga kesuciannya ialah jumlah air yang mencapai dua kolah atau sama dengan lapan (8) liter walaupun bau, warna dan rasanya berubah disebabkan sesuatu. Jumlah air yang disebutkan dapat membersihkan segala kekotoran najis dan digunakan untuk berwuduk.

Dari `Ubaidillah bin `Abdullah bin Umar, dari bapanya, beliau berkata : Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Kalau air mencapai dua atau tiga kolah air itu tidak menjadi najis kerana sesuatu yang masuk ke dalamnya". (HR Ahmad)

Hadis di atas menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa jumlah air yang boleh digunakan untuk bersuci dan membersihkan najis ialah mencapai dua kolah atau lapan (8) liter. Jumlah air yaang kurang dari lapan liter juga dapat menyucikan diri dan kotoran najis jika ia tidak berubah bau, warna dan rasa.

Kanak-kanak di zaman Rasulullah S.A.W. telah memahami tentang jumlah atau ukuran air yang harus digunakan untuk bersuci. Apa yang dilakukan Abdullah bin Umar itu telah menjadi bukti betapa mudah cara untuk menyucikan diri dan membersihkan kotoran najis. Ramai kanak-kanak di zaman itu telah memahaminya dengan mudah kerana menerima pengetahuan dari Abdullah bin Umar.

Dengan adanya didikan Rasulullah S.A.W. kepada anak-anak yang masih kecil secara praktikal seperti yang dialami oleh Abdullah bin Umar, diharapkan dapat memberikan kefahaman untuk memelihara kebersihan dan kesihatan. Peranan ini harus dimainkan oleh para ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mereka tahu menjaga kebersihan diri.


* Dipetik dari buku : Penjagaan Kesihatan Anak-anak Menurut Islam karangan Rohawi Musannif, terbitan 2004.
Baca selanjutnya...

Tuesday, November 23, 2010

PeNjaGaaN KeSiHaTaN AnaK2 MeNuRuT IsLaM

Part 2 - Melatih Anak Membersihkan Najis

Para ibubapa perlu membiasakan anak-anak yang masih kecil untuk membersihkan diri dari najis terutama ketika mereka membuang air besar dan kecil. Setelah anak-anak dapat mengenal tentang kotornya najis, mereka harus dilatih untuk menghindarkannya. Cara mendidik anak membersihkan diri daripada najis kencing atau lain-lain hanya dapat dilakukan dengan memberikan contoh praktikal sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Anak-anak yang masih kecil mudah diajar dengan cara praktikal. Najis kencing atau buang air besar dapat dibersihkan dengan air atau benda-benda yang menyerap atau kesat seperti kertas, kayu, batu dan sejenisnya. Mereka perlu diajar dengan cara yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam supaya mereka dapat memelihara kebersihan. Perlu diingat bahawa kebersihan yang dilakukan dengna cara yang betul dapat memelihara ibadah seseorang hamba kepada Tuhannya.

Dari Anas, beliau berkata : "Adalah Rasulullah S.A.W. masuk ke tempat bang hajat, lalu saya dan seorang anak muda sebaya saya membawakan satu bejana air dan satu tongkat panjang. Baginda pun bersuci menggunakan air itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana disebutkan di dalam hadis di atas, bahawa Rasulullah S.A.W. setiap kali selesai membuang hajat, baginda membersihkan diri dengan air yang bersih. Perbuatan Rasulullah S.A.W. dalam membersihkan diri dengan air itu telah diperhatikan oleh Anas dan kawan-kawannya sebaya dengannya. Anas dan kawan-kawannya sering membawakan bejana yang berisi air untuk Rasulullah S.A.W. setiap kali membuang hajat.

Pendidikan secara praktikal sebagaimana ditunjukkan di dalam hadis tersebut mudah difahami oleh kanak-kanak. Pendidikan tidak semestinya dengan kata-kata yang panjang lebar, kerana kadang-kadang ianya boleh membosankan. Praktikal yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada Anas telah memberikan pengaruh yang mendalam bahawa orang yang membuang hajat seperti kencing dan buang air besar perlu membersihkan diri.


* Dipetik dari buku : Penjagaan Kesihatan Anak-anak Menurut Islam karangan Rohawi Musannif, terbitan 2004.
Baca selanjutnya...

PeNjaGaaN KeSiHaTaN AnaK2 MeNuRuT IsLaM

Part 1 - Melatih Anak Menjaga Kebersihan

Anak-anak perlulah dilatih supaya sentiasa menjaga kebersihan dari segala kekotoran. Para ibubapa hendaklah selalu mengambil berat terhadap kebersihan anak-anak pada tubuh badan, tempat tidur, pakaian dan sebagainya. Perlu diingat bahawa kekotoran pada pakaian dan tubuh badan seseorang boleh menyebabkan penyakit berjangkit melalui pergaulan dalam masyarakat.

Isalm merupakan ajaran yang bersih dan mengajar semua penganutnya supaya memelihara kebersihan. Selain menjaga kebersihan diri daripada benda-benda najis dan keji, anak-anak juga perlu menghindari semua bentuk kekotoran yang tidak menyenangkan seperti mulut berbau busuk, pakaian berdaki, kulit berdebu dan sebagainya. Sehubungan itu Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

" Meludah di masjid itu suatu kesalahan dan dendanya adalah dengan menguburnya (menimbun dengan tanah)" (HR Ahmad)

Perbuatan meludah di dalam masjid adalah suatu amalan yang tidak sopan dan tidak terdapat di dalam ajaran agama Islam. Ludah termasuk bahan perkumuhan yang tidak memberi faedah dan mengandungi kuman-kuman yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Jika ludah tersebut banyak dibuang di merata masjid, kuman-kuman akan membiak dan menyebabkan penyakit berjangkit.

oleh sebab itu, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya menimbusnya dengan tanah sebagai jalan mengelak timbul hal-hal yang tidak diingini berlaku. Jika tidak berbuat demikian, kebersihan masjid yang menjadi tempat orang ramai berkumpul untuk melakukan ibadat akan terganggu.

Kebersihan anak-anak akan terjamin jika mereka sentiasa menjaga kebersihan.


* Dipetik dari buku : Penjagaan Kesihatan Anak-anak Menurut Islam karangan Rohawi Musannif, terbitan 2004.

Baca selanjutnya...