Assalamualaikum wr. wbt...
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.
Pagi Khamis, pada tarikh 20 Mac 2014 menjadi satu pengalaman buat diriku. Niat di hati ingin pergi ke sekolah jam 6.00 pagi dari rumah dan sampai ke sekolah jam 6.25 pagi. Ternyata tidak menjadi kenyataan. Kusangkakan indah di pagi hari, rupanya pengalaman baru datang ke sisi.
Pada pagi ini SAA 5501 V mengalami kerosakan ketika mengisi minyak petrol di stesen minyak berdekatan rumah sewa. Panik sebentar kerana tidak pernah mengalami situasi ini sepanjang dua tahun berada di sini. Aku terpaksa meninggalkan SAA 5501 V tersebut di stesen minyak berkenaan untuk bergegas ke sekolah.
Menunggu bas henti-henti datang. Aku berasa berdebar-debar kerana ketika itu jam 6.05 pagi. Sebuah bas datang, tidak aku naiki. Datang lagi bas kedua juga aku tidak naiki. Bas ketiga datang dan aku terus naik bas mini berkenaan.
Bas tersebut hanya ke bandar Sandakan sahaja. Bukan ke tempat di mana ingin aku tuju. Sampai di bandar Sandakan, aku yang pertama kali ingin ke sekolah dari bandar dengan bas mini bertanya tempat untuk menaiki bas berkenaan.
Bas tersebut masih kosong. Tiada penumpang lain selain aku. Pemandu bas menunggu penumpang-penumpang yang lain. Aku sempat memerhatikan suasana di sekitar terminal bas berkenaan. Ketika itu sekitar jam 6.30 pagi. Masih ramai pelajar-pelajar sekolah menengah yang berada di sekitar terminal bas berkenaan. Pelajar lelaki yang masih berbaju sekolah dengan bersahaja menghisap rokok pemusnah diri merangkap pembunuh diri dalam diam. Pelajar perempuan pula dengan berbagai ragam. Ada yang sampai di sana dengan bertudung dan membuka tudung, ada yang pakai kain 'ki' di leher dan menampakkan dua bukitnya, ada yang bergelak ketawa dan ada yang bercintan cintun.
Setelah hampir 10 minit menungu akhirnya bas bergerak. Sepanjang perjalanan menuju ke sekolah, pelbagai ragam dapat dilihat. Mungkin inilah hikmah yang aku dapat daripada motosikalku yang rosak itu kerana ketika hari persekolahan, aku tidak berpeluang melihat ragam dan karenah masyarakat di sekitar sini.
Di dalam bas mini atau lebih dikenali dengan nama van jika berada di semenanjung, penumpangnya boleh merokok. Pemandunya juga merokok. Aku terfikir sejenak. Mungkin ini adalah salah satu faktor murid-murid sekolah rendah di sekitar tempat ini merokok kerana mereka terdedah dengan benda seumpama itu setiap hari.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment