Assalamualaikum wr. wbt..
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat Baginda dan umat Islam seluruhnya.
Allah telah tentukan tempat bagi aku mencari rezeki di tempat yang sama. Aku telah kembali ke Sandakan, Sabah. SK Gas, Sandakan ialah sekolah tempat aku ditugaskan. 19.09.2013 merupakan hari pertama aku melaporkan diri di sekolah ini. Perasaan kekok bila berada dalam suasana yang baru.
Sekolah yang berada di pinggir bandar ini mempunyai murid lebih kurang 800 orang dan 60 orang guru dan kakitangan sekolah. Berlainan dengan sekolah yang dahulu yang terletak di kawasan kampung. Namun aku tetap optimis dengan sekolah baru ini kerana bagiku di mana-mana tempat ada kelebihannya yang tersendiri.
Buat masa sekarang, aku masih dalam proses mengenali keadaan sekolah dan suasana sekolah ini.
No comments:
Post a Comment