Zulkifli Sulong, | 14 Mei 2012 |
(Surau Al-Harakah di pulau Shanghai, Sandakan drasmikan walaupun belum siap sepenuhnya)
SANDAKAN: Cita-cita penduduk pulau Shanghai, yang
terletak setengah jam perjalanan bot dari Sandakan, untuk memiliki
sebuah surau dan tempat berkumpul menjadi kenyataan apabila sebuah surau
didirikan dan dirasmikan hari ini.
Surau ini dinamakan Al-Harakah sempena penyumbang utama untuk pembinaannya adalah datangnya dari pembaca Harakahdaily.
Surau ini dinamakan Al-Harakah sempena penyumbang utama untuk pembinaannya adalah datangnya dari pembaca Harakahdaily.
(Tuan Ibrahim menandatangani plak surau Al-Harakah)
Ia selamat dilancarkan hari ini oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man yang disertai sama oleh Haji Hamzah Abdullah, Timbalan
Pesuruhjaya PAS Sabah.
Turut serta adalah anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang menjadi penganjur kepada pembinaan surau ini.
Lebih 150 penduduk tempatan turut sama dalam majlis pelancaran surau ini hari ini.
Majlis pelancaran surau itu dibuat melalui tandatangan ke atas plak surau itu yang disempurnakan oleh Tuan Ibrahim dengan disaksikan penduduk tempatan.
Lebih 150 penduduk tempatan turut sama dalam majlis pelancaran surau ini hari ini.
Majlis pelancaran surau itu dibuat melalui tandatangan ke atas plak surau itu yang disempurnakan oleh Tuan Ibrahim dengan disaksikan penduduk tempatan.
(Doa dibacakan oleh Tuan Ibrahim dan diaminkan oleh yang hadir)
31 Disember tahun lalu Tuan Ibrahim yang memimpin ekspedisi ke pulau ini memacakkan tiang tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau itu.
"Kita mahu surau ini menjadi pusat perpaduan penduduk di pulau ini.
Pusat aktiviti, pusat kerjasama," kata Tuan Ibrahim dalam ucapannya hari
ini.
Tuan Ibrahim ketika mengimbau kembali lawatan pertamanya ke sini
Disember lalu berkata, apabila ditanya penduduk di sini, apa yang mereka
perlukan di sini mereka berkata banyak yang tak ada di sini.
(Kayu yang dipacakkan 31 Disember 2011 kini sudah menjadi surau untuk pulau ini)
"Dari banyak yang takda, air bersih, letrik, dewan, surau, kami pilih buat surau tempat berhimpun dan berjamaah," katanya.
Selepas itu, kempen dibuat untuk mengumpul dana untuk surau ini keseluruh dunia termasuk ke Arab Saudi.
Ekoran itu lebih RM60,000 berjaya dikumpul khasnya dari pembaca Harakahdaily ekoran iklan yang disiarkan dalam laman web ini.
"Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan sumbangan khasnya pembaca Harakah kerana menjayakan projek ini.
(Bergambar kenangan bersama penduduk pulau Shanghai selepas merasmikan surau mereka)
"Atas dasar itu kita namakan surau ini Al-Harakah," kata Tuan Ibrahim.
Tuan Ibrahim yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan berbuat lebih lagi untuk rakyat Sabah jika diberikan mandat untuk mentadbir negara.
Tuan Ibrahim yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan berbuat lebih lagi untuk rakyat Sabah jika diberikan mandat untuk mentadbir negara.
(Rombongan Muslimat PAS yang tiba dengan bot ke pulau Shanghai)
"Ini tempat untuk semua orang untuk memenuhi keperluan didik agama kepada anak-anak, program motivasi, solat dan sebagainya.
"Kami serahlah kepada tuan-tuan semua untuk mengisi program di sini agar surau ini sentiasa hidup dengan program," katanya.
(Selamat jalan semoga kita jumpa lagi...lambaian dari penduduk pulau Shanghai dari tangga surau baru mereka selepas ditinggalkan rombongan)
"Di sana ada satu kampung yang gereja ada dua buah tetapi tidak ada satu pun surau di situ sedangkan orang Islam ramai," katanya.
No comments:
Post a Comment