| 
 (Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi)   BINTULU, 11 April: Laporan kedudukan Barisan  Nasional (BN)   Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber  tetapi kini   sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan  menjadi igauan  ngeri pemimpin BN Sarawak.
 Mimpi ngeri ini  bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat  tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak  yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.
 
 Inilah  laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap  PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily.
 
 "Yang paling  kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami  dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam  Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu.
   
   Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak  mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah  dijadikan satu slot dalam filem “Hantu Mak Limah balek Kampong”.
 Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.
   "Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan  raya di seluruh Sarawak,  bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.
 "Bak kata orang-orang bae (bintulu) “ yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur” ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya.
 
 Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.
   (Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu)   Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk  ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka  hanya menjadi  alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.   Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri   Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu   dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.       Usaha Najib tekan Taib gagal
    Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk  Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal  untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak  menerima syarat yang dikenakan Taib.   Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau  akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam  kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan  rakyat Sarawak,  namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.   Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib  berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan  kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.   "Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk  memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya  dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata  seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.   "Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam  pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor,  Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu.  Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak  kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan. | 
No comments:
Post a Comment