Thursday, May 28, 2009

Balik Kampung Daa.......

As’kum wr. Wbt...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya hamba yang kerdil di bumi ini dapat menghantar Latihan Ilmiah kepada penyelia tepat jam 2.45 petang bertarikh 28 Mei 2009. Sebenarnya sudah lama penyeliaku, Prof Dr. Ismail Bakar suruh aku jilid tesis tersebut, namun atas beberapa hal yang tidak dapat aku elakkan, maka lambatlah jilidnya. Biasala, aku ni jenis yang pemalas ckit. Itulah sebabnya aku lambat jilid walaupun dah berminggu penyelia suruh jilid....he3...terima kasih diucapkan buat penyelai latihan ilmiahku di atas sikapnya yang sporting dalam menyelia anak buah seliaan beliau seramai lima orang..

Jilid sudah, hantar pun sudah kat penyelia & jabatan...namun hari ini aku kena musibah ckit..mase aku pegi PTSL dengan member aku utk pinjam buku utk fotostat, topi keledarku telah hilang(kena curik daaa)....nasib baek member aku ade, utk menenangkan aku yang `panas’ ketika itu. Tapi apa nak buat, da nasib...lagipun clap aku jugak cz aku tidak letak leklok topi tu... Apapun, selepas kluar dari PTSL, pergi kat UO ambik topi member, kami berdua pergi ke Pustaka Rakyat di Seksyen 7..Hampir 3jam kami kat sana. Maka jumpalah beberapa buah buku. Aku yang kebetulan ada duit lebih belilah 3 buah buku...Tafsir Pimpinan al-Rahman, buku pasal penyakit dan juga buku motivasi karangan H.M. Tuah...member aku pon beli 3 buah buku gak, tapi buku yg berlainan r..Itulah bekalanku untuk balik kampung dan menambahkan koleksi buku2 yang sedia ada dalam simpananku.

Dikesempatan ini aku ingin ucapkan selamat bercuti buat sahabat2 seperjuangan. Tidak dilupakan ucapan maaf dariku di atas segala salah silap, terlanjur kata ketika berbicara dengan kalian. Ukhwah dibina atas tali kejujuran, sahabat sejati itu yang kucari...

Berbicara pula pasal balik kampung, aku sudah lama tidak pulang ke kampung. Rindu bertaut, sayang menjelma bila tiap2 hari aku teringatkan family kat umah. Rasanya semester ni aku hanya pulang sekali sahaja ke kampung. Itu pun pada cuti hari raya cina, aku pulang utk ambik laptop(pinjam laptop adik daa). Tu pon aku balik dua ari je..Insya Allah jika tiada aral, aku akan pulang ke kampung pada hari Ahad 1hb Jun..eh eh....2hb besday adik aku lak...tp abangmu ini xada hadiah utkmu ...hehehe...

Ok lah, setakat ini saja coretan meraban aku pada kali ini. Diharap para pembaca jangan mengutuk aku erk...cz mengutuk atau mengumpat tu boleh mendatangkan dosa kepada pembuatnya..hehehe (”,)

wassalam

Baca selanjutnya...

KeLeBiHaN TuJuH

Apa ada pada nombor? Jika kebiasaannya semasa aku melawati blog2 kebanyakan orang, akan terpantullah perkataan `ada apa pada nama’. Tapi kali ini, aku ingin kongsi dengan sahabat2 berkaitan dengan nombor. Nombor yang aku maksudkan adalah nombor TUJUH. Utk pengetahuan sahabat semua, nombor ni merupakan nombor kegemaran aku. Antara sebab aku minat nombor tujuh ini adalah aku dilahirkan pada tujuh haribulan, dilahirkan pada bulan tujuh(7/7), nombor telefon aku banyak nombor tujuh, bilik masa first year pon ada tujuh, adik beradikku jugak tujuh orang, umah aku pon alamatnya blok G-67, dan banyak lagi lah yang berkaitan dengan tujuh ni dalam hidupku. Dua hari lepas aku telah terlihat sebuah buku di bilik sahabatku yang bertajuk ”Rahsia dan Kelebihan Hari Dalam Islam terbitan Bofids Trading. Buku ni dikeluarkan pada tahun ini. So, marilah kita menghayati apakah kelebihan nombor tujuh ini.

Menurut Imam Abu Nashr Muhammad bin Abdurrahman al-Hamdaniy:”Ketahuilah bahawa zat Pencipta yang sangat besar kekuasaanNya dan sangat tinggi kalimahNya serta berterusan nikmatNya telah menghiasi tujuh perkara dan menghiasinya pula bagi setiap tujuh perkara itu dengan tujuh perkara lainnya. Untuk mengkhabarkan kepada orang2 yang berilmu bahawa tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah S.W.T..

Allah menghiasi angkasa dengan tujuh lapis langit. Sebagaimana firman-Nya :

“Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kukuh” (Al-Naba’ : 12)

Terjemahan :

“Allah Yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (berlakunya Yang demikian) supaya kamu mengetahui Bahawa Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan Bahawa Sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmunya akan tiap-tiap sesuatu.” (Al-Thalaq : 12)

Seterusnya orang yang berakal akan mengerti dan mengetahui bahawa tujuh lapis langit, tujuh lapis bumi, tujuh jenis lautan, tujuh jenis peringkat syurga dan neraka dan lain-lain lagi yang dikaitkan dengan angka tujuh. Apakah Allah S.W.T. menciptakan angka tujuh secara kebetulan, tanpa memiliki rahsia tersendiri? Sesungguhnya kita semua tahu bahawa Allah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa mengandungi tujuan tertentu dan lebih dahulu menerusi perancangan yang jitu kerana memang Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Pertama : Allah menghiasi bumi ini dengan mengadakan tujuh lapis langit di atasnya, sebagaimana dijelaskan di dalam firman-Nya :

Terjemahan :

“Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kukuh”

Kemudian, ketujuh-tujuh langit tu dihiasi oleh Allah dengan menciptakan tujuh bintang padanya.

Kedua : Allah S.W.T. menghiasi tanah yang luas dengan tujuh lapis bumi yang ada ini, sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran :

Terjemahan :

“Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (ia menciptakan) bumi”

Kemudian bumi yang luas itu dihiasi oleh Allah S.W.T. dengan menciptakan tujuh lautan, seperti yang disebutkan di dalam firman-Nya :

Terjemahan :

“Dan sekiranya Segala pohon Yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan (menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah Luqman : 27)

Ketiga : Allah S.W.T. pula menciptakan tujuh peringkat neraka dan dihiasi ketujuh-tujuh neraka itu dengan tujuh pintu, sebagaimana dijelaskan di dalam ayat di bawah ini :

Terjemahan :

"Ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian Yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)". (surah al-Hijr : 44)

Keempat : Allah S.W.T. juga menghiasi al-Quran itu dengan surah-surah, lalu surah-surah itu dihiasi pula dengan satu surah yang berisi tujuh ayat, iaitu surah al-Fatihah, sebagaimana firman-Nya :

Terjemahan :

“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (Wahai Muhammad) tujuh ayat sang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.” (surah al-Hijr : 87)

Kelima : Allah S.W.T. menghiasi manusia dengan anggota badan yang jumlahnya tujuh, iaitu dua tangan, dua kaki, dua lutut, dan satu wajah. Kemudian Dia menghiasinya pula dengan tujuh bentuk ibadah : dua tanga digunakan untuk bermunajat dan berdoa, dua kaki digunakan untuk berjalan, dua lutut digunakan untuk duduk dan satu wajah digunakan untuk bersujud. Hal ini telah dijelaskan di dalam al-Quran :

Terjemahan :

“Sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!” (surah al-`Alaq : 19)

Keenam : Allah S.W.T. menghiasi usia manusia dengan tujuh peringkat iaittu ketika baru lahir, usia pisah dari menyusu, kanak-kanak, remaja, pemuda, dewasa dan tua. Kemudian dihiasi pula dengan tujuh perkataan :

Terjemahan : “Tiada Tuhan (yang sebenar) melainkan Allah, Muhammad adalah Rasul Allah.”

Allah S.W.T. berfirman :

Terjemahan :

“Dan Allah menzalimkan (mewajibkan) kepada mereka akan kalimah takwa, dan merekalah lebih berhak kepadanya dan paling berhak (pula) memilikinya (kalimah yang tujuh itu).” (surah al-Fath : 26)

Ketujuh : Allah S.W.T. menghiasi bumi dengan tujuh iklim dan perubahan cuaca iaitu :

i) Hindustan, ii) Hijaz, iii) Bashrah, Badiyah dan Kufah, iv) iraq, Syam, Khurasan hingga Balakh, v) Rom dan Armenia, vi) negeri Ya’juj dan Ma’juj, vii) China dan Turkistan.

Kemudian menghiasinya dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat.

Kesimpulannya, semua penciptaan yang ada kaitan dengan angka tujuh itu bukanlah secara kebetulan. Yang bertanggungjawab menciptakannya adalah Zat yang Maha Mencipta. Dia Maha Memberi Rezeki, Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan setiap makhlukNya.

Baca selanjutnya...

Wednesday, May 27, 2009

JuJuR DaLaM PeRniAGaaN

AGAMA bagi Muslim bersangkutan dalam segenap aspek kehidupan, tidak seperti golongan bukan Islam, yang mempraktikkan etika agama dan urusan dunia secara berasingan, sekali gus mengizinkan mereka melakukan segala keinginan. Muslim tidak terlepas dengan etika digariskan agama dalam usaha untuk mencapai keselesaan, kesenangan dan kekayaan, termasuklah dalam bidang perniagaan. Ada yang mahu barang laris, keuntungan berganda dan cepat kaya sehingga sanggup mengadai prinsip agama dan menzalimi pihak lain. Senario yang berlaku hari ini memang mengecewakan. Mereka mengaburi pengguna dalam pelbagai sudut, bermula dengan janji manis ketika tawar menawar sehinggalah penetapan harga, kualiti dan kuantiti barang. Muslim sepatutnya mengamalkan etika dan nilai mengikut piawai ditetapkan dalam berurus niaga, tidak kiralah dia penjaja kecil, usahawan atau ahli perniagaan.

Dalam hubungan ini, Presiden Majlis Fiqah Amerika Utara, Dr Muzammil Siddiqi menjelaskan kisah Nabi Syu'aib a.s yang diutuskan kepada penduduk Madyan pada zaman Nabi Ibrahim a.s wajar diteladani. "Baginda diutuskan terhadap golongan yang terbabit dalam perniagaan. Golongan ini sangat bangga dengan pengetahuan perniagaan dimiliki dan kejayaan dicapai. Tetapi mereka tidak jujur," katanya.

Al-Quran menceritakan usaha Nabi Syu'aib menasihati mereka. Baginda menggesa mereka mematuhi etika dalam perniagaan seperti menyempurnakan sukatan dan timbangan dengan adil, tidak menzalimi orang lain dan membawa kerosakan. Mereka dengan angkuh tidak mahu menerima nasihat itu. Mereka marah dan menasihati baginda jangan mencampurkan agama dengan perniagaan. Tetapi kesudahannya mereka yang binasa, sedangkan Nabi Syu'aib terselamat.

Dr Muzammil berkata, ini memberikan gambaran bahawa setiap orang mesti mengamalkan etika mengikut piawai dalam perniagaan. Menurutnya, perniagaan dan etika tidak berasingan, bahkan ia berhubungkait, sebagaimana yang ditunjukkan manusia yang paling ideal dalam segenap aspek, Nabi Muhammad s.a.w. "Baginda adalah guru, pembimbing, pemidato dan pemimpin terbaik, penggubal undang-undang, hakim dan diplomat, perunding dan jeneral tentera terbaik, ketua keluarga, suami, bapa dan datuk yang pengasih serta jiran dan sahabat yang baik."

Rasulullah dipilih Tuhan menjadi nabi dan rasul terakhir pada usia 40 tahun. Sebelum itu baginda terkenal sebagai seorang ahli perniagaan yang sangat jujur dan berjaya. Makkah adalah tempat kelahiran baginda sangat popular dari dulu. Kafilah dari Syria di utara dan Yaman di selatan menjadikan kota itu sebagai laluan perniagaan. Baginda dilaporkan turut menyertai kafilah ini. Katanya, Rasulullah melalui perjalanan ke Syria, Yaman, Bahrain dan banyak lagi tempat di Arab Saudi melalui kafilah ini.

"Bahkan, sesetengah ahli sejarah mengandaikan yang baginda juga meneruskan perjalanan ke Iraq dan Ethiopia," katanya.

Sejak usia awal lagi baginda terbabit dalam perniagaan. Baginda mempunyai reputasi yang baik, sebagai ahli perniagaan bekerja kuat, jujur, benar dan sangat berjaya. Berasaskan reputasi ini Khadijah, ahli perniagaan yang kaya raya menggajikannya untuk melakukan perniagaannya. Sebelum itu ada pemuda lain yang berminat untuk bekerja dengan beliau, tetapi ditolak kerana tidak jujur.

Dr Muzammil menegaskan, prinsip umum yang mesti dipatuhi antaranya, tiada penipuan, penjual mesti mengelakkan daripada melakukan banyak sumpah apabila menjual barang, adanya persetujuan, tepat terhadap timbangan dan ukuran. Menurutnya, peniaga dilarang melakukan monopoli (perdagangan dalam kawalan seorang), kerana Nabi s.a.w melarang amalan itu, malah tindakan itu dihukumkan berdosa.

Kitab fiqah mengenai rukun jual beli, menjelaskan barang yang diniagakan itu mestilah suci, ada manfaat, dapat diserahkan kepada pembeli, kepunyaan penjual dan diketahui kedua-dua pihak mengenainya, termasuk bentuk, ukuran dan sifatnya.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Zaharuddin Abd Rahman, dalam artikelnya, berkata di dalam Islam setiap penjual berhak menentukan harga barangan yang dimilikinya, namun ia masih terikat dengan harga pasaran. "Justeru, harga yang ditawarkan hendaklah diterima harga pasaran, jika ia mahu keluar dari harga pasaran, ia mesti mempunyai sesuatu nilai tambah unik pada kualiti barangan itu.

"Tidak dibuat dengan tujuan spekulasi (harga yang ditawar bukan bertujuan untuk jual beli sebenar tetapi hanya dibuat bagi memberi kesan kepada harga pasaran semasa) atau bagi menaikkan harga pasaran," katanya. Beliau berkata, jika ia ada tujuan tidak sihat seperti usaha untuk menaikkan harga melalui sorokan barangan hingga harganya meningkat, mengambil peluang atas kelemahan pembeli terhadap harga pasaran, harga yang tinggi tadi menjadi haram.

Dalam disiplin perniagaan hari ini globalisasi sepatutnya difahami lebih positif yang menunjukkan semua orang boleh bertolak ansur dan sepakat seperti dalam satu keluarga, bukan mengambilnya sebagai loncatan untuk bersikap lebih rakus. Semua pihak sepatutnya dilayan dengan hormat, sama rata dan adil. Eksploitasi terhadap sesetengah pihak sepatutnya dihentikan dan tidak timbul perbezaan sesama manusia berdasarkan bangsa, warna kulit, warganegara, jantina atau agama. Ini kerana kemakmuran sumber bumi bukan hanya untuk segolongan dan terpakai bagi satu generasi saja, tetapi ia khazanah yang perlu dikongsi bersama. Siapa pun kita dan di dalam bidang apa kita usahakan, tetap terikat dengan etika.

Baca selanjutnya...

Monday, May 25, 2009

LIMA JENIS SABAR

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah. Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.

Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'. Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.

Baca selanjutnya...

Wednesday, May 20, 2009

Siam - Thailand......

As`kum wr. wbt...telah lama hamba menyepi dari coretan di blog kesayangan ini...he3...saje je... Sebenarnya dalam seminggu ni aku tiada mood nak mengarang ke menaip ke...Suka sangat duduk lepak saje2 entah ke mana hala tuju....Pape pon, coretan aku pada aku ini adalah berkisar kepada mari belajar bahasa thailand...

Al-kisahnya, sewaktu praktikal mase tahun lepas, aku telah beli sebuah buku yang bertajuk " Panduan belajar bahasa Thai dengan cepat dan mudah"....aku beli kat Thailand tu....jauh wooo...he3..tapi kat Takbai je la....Buku ni salah satu buku yang aku ingin miliki sejak di sekolah dulu.

So, sekarang aku nak kongsi dengan kawan2 serba sedikit ilmu ni...

1) sawaddi krab = selamat pagi (lelaki)
2) sawaddi kah = selamat pagi (perempuan)
3) sabai di reau = apa khabar
4) sabai di = khabar baik
5) khun ma chak nai = awak dari mana
6) khun ju ti nai = awak tinggal di mana
7) khun pud pasa Thai dai mai = bolehkan awak cakap bahasa Thai
8) phu ying suwai = perempuan cantik
9) phu chai lo = lelaki kacak
10) mi pheghan mak = ada ramai kawan

Setakat ini sajalah perkongsian ilmu yang dapat aku berikan pada kali ini. Insya Allah jika tiada aral yang menghalang, akanku sambung perkongsian ini di satu masa yang tidak ditetapkan...he3
Baca selanjutnya...

Friday, May 15, 2009

SeLaMaT HaRi GuRu

Tanggal 16 MEI 2009...Apakah tarikh ini? Soalan yang tidak patut ditanya dan dijawab kerana setiap orang mengetahuinya. Ianya bukan hari raya, bukan juga hari kemerdekaan negara, namun tarikh 16 Mei setiap tahun merupakan Hari Guru. Bagi semua guru, tidak kira guru2 yang pernah mengajar aku atau tidak, aku ucapkan SELAMAT HARI GURU. Semoga pengorbanan dan segala jasa yang kalian curahkan sama ada telah dicurahkan, sedang dicurahkan atau akan dicurahkan kepada anak didik kalian mendapat pahala yang berlipat kali ganda dari Allah s.w.t.

Guru umpama lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi hidup anak didiknya…itulah ungkapan yang sering diungkap dan dibicarakan apabila berbicaara mengenai guru. Memang benarlah kata-kata tersebut. Tanpa guru, tiadalah seorang perdana menteri yang berwibawa, tanpa guru tidak akan muncul usahawan yang berjaya, tanpa guru tiadalah kecemerlangan kepada Nik Nur Madihah..he3

Ucapan jutaan terima kasih aku ucapkan buat semua guru yang pernah mengajarku daripada awal persekolahan iaitu di Taski al-Jalal(1990-1991), Sek. Ren. Keb. Tumpat (1)(1992-1997), Maahad Muhammadi Tumpat(1998-2004), SMKA Falahiah(2004-2005) dan di UKM (pensyarah2)(Julai 2006-Mei 2009).

Untuk Ibu dan Ayahku juga, aku ucapkan Selamat Hari Guru kerana ayahku merupakan guru pertamaku dalam mengajarku membaca al-Quran dan ibuku pula merupakan guruku di dalam rumah dan perniagaan..he3...Tidak dilupakan, 16 Mei juga merupakan ulang tahun kelahiran Kak Longku iaitu Siti Khadijah...Walaupun beliau bukan seorang guru, namun beliau suportku dalam kewangan...he3..Tq Long..Selamat hari lahir...Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, serta diberkati Allah s.w.t. selalu.

Ucapan terima kasih jua aku ucapkan kepada para guru yang mengajar aku dalam apa jua bidang sama ada dalam membuat blog ke, friendster ke, melayari internet ke, merapu meraban ke, dan semua lah guru2 yang mengajarku dalam bidang2 yang aku miliki sekarang….thanks for you all

terima kasih cikgu yang mengajarku membaca

terima kasih cikgu yang mengajarku menulis

terima kasih cikgu yang mengajarku melukis

terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna

terima kasih cikgu yang mengajarku mengira

terima kasih guru yang mengajarku erti hidup

terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

terima kasih guru terawal – ibu dan ayah

terima kasih guru muqaddam

terima kasih guru tadika

terima kasih cikgu sekolah

terima kasih pensyarah

terima kasih guru sejati

jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini



Baca selanjutnya...

Tuesday, May 12, 2009

Projek ILmiaH

Penat, Letih, Tertekan, Serabut....Inilah antara gambaran yang diungkapkan oleh para sahabatku berkaitan dengan projek ilmiah yang sedang kami laksanakan sekarang. Mana tidaknya, ada dikalangan sahabat2 yang sudah pulang ke kampung halaman kerana mereka telah menyiapkan dan menghantar projek ilmiah tersebut.

Aku juga merasa tertekan dengan projek ilmiah ini. Namun atas dorongan dan sokongan yang diberikan oleh family, sahabat2 dan beberapa orang yang berkaitan dengan hidupku telah membuatkan aku merasa bersemangat untuk menyiapkan projek ilmiah ini. Tajuk yang aku buat bukannya susah, tapi untuk mencari kitab2 yang mu`tabar adalah sukar bagiku kerana aku seorang yang lemah dalam bahasa Arab walaupun berada dalam bidang pengajian arab.hehehe.

Namun disebalik tekanan yang dirasai, sebenarnya melalui projek ilmiah yang aku sedang siapkan ini, ada beberapa kebaikan dan hikmah yang aku dapatinya. Antaranya, aku dapat memahami secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan tajuk projek ilmiahku ini iaitu berkaitan Kecemerlangan Islam di India Semasa Pemerintahan Maharaja Akbar dan Syah Jahan. Kedua, sedang aku menyiapkan projek ilmiah ini, dapat jua aku menghasilkan blog ini. Sebenarnya niat untuk membuat blog sudah lama terpendam dalam diri, namun atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan, ianya terbengkalai sehinggalah ia dapat dihasilkan sekarang.

Ketiga, aku dapat merasai keindahan suasana di bumi UKM ini. Walaupun sudah tiga tahun berada di perbukitan UKM ini, namun aku tidak dapat merasai suasana keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa di sini kerana buat2 sibuk dengan xsgment, tido memanjang, memerap dalam bilik, lepak di bilik2 member dan sebagainya. Oleh itu, baki hari2 yang ada ini, aku cuba hayati keindahan UKM ini.

Keempat, penambahan ilmu. Ianya simple sahaja. Sewaktu sedang mengedit atau menaip projek ilmiah ini, aku cepat merasa bosan kerana aku tinggal di bilik single dan jauh dari kolej sahabat2 yang lain. Jadi, cara yang aku lakukan adalah aku melawati blog2 yang dicadangkan oleh sahabatku. Antaranya blog Genta-rasa yang aku lawatinya setiap hari, Saifulislam, Ibrah Sejarah dan sebagainya. Cara ini secara tidak langsung dapat menambahkan ilmu padaku seorang yang cetek ilmu ini.

Banyak lagi hikmah dan kebaikan yang aku dapat dalam proses menyiapkan projek ilmiah ini. Namun, bagiku apa yang penting sekarang, jangan tension atau terlalu tertekan. Jika tension jugak, ada ubatnya...buat solat sunat dan baca al-Quran. Cara itu dapat juga menenangkan jiwa yang sedang tertekan itu.

Aku harap semoga projek ilmiah yang sedang aku siapkan ini dapat aku siapkan dan hantar pada tarikh yang ditetapkan tanpa sebarang masalah atau kesulitan. Buat sahabat2 seperjuangan yang masih juga belum menyiapkan projek ilmiah ini, selamat bertesis, selamat mengedit, selamat menjilid dan selamat semuanya. Semoga segala gerak kerja yang kita lakukan adalah kerana Allah taala. Insya Allah
Baca selanjutnya...