Sunday, November 28, 2010

SeLaMaT HaRi LaHiR....KhaS BuaTmu

Assalamualaikum wr. wbt...Tanggal 28-11, 25 tahun dahulu telah lahirlah seorang insan di Kampung Dalam Rhu Hujung, Tumpat, Kelantan. Merupakan anak keempat yang memiliki dua orang kakak, seorang abang dan tiga adik di bawahnya. Cita2 beliau sangatlah tinggi. Dia mewarisi ilmu perubatan daripada allayarham ayahandanya Zakaria yang meninggal dunia ketika tahun 2004.

Perkenalan kami bermula ketika di Peralihan di Maahad Muhammadi Tumpat pada tahun 1998. Pada ketika itu kami sama2 mengayuh basikal pergi ke sekolah. Enam tahun bersamanya dalam satu kelas. Kini, kami membawa haluan berbeza. Aku di Kuala Lumpur, beliau di Johor. Namun uhkwah antara kami tetap utuh. Aku harap agar ikatan ukhwah persahabatan kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kini, beliau telah bertugas di salah sebuah hospital di Johor. Selamat Hari Lahir yang Ke-25 buat sahabat karibku Mohd Rezduan bin Zakaria. Semoga dirimu sihat walafiat dan dipanjangkan umur. Kuharap dengan umur yang semakin meningkat, sama2lah kita meningkatkan dan memperbanyakkan amal ibadat..

Sory Wea, aku xdop hadiah untukmu. Hanya doaku buatmu semoga dirimu bahagia dunia dan akhirat.. Semoga perancangan untuk mendirikan "masjid" dengan ehem ehem ehem pada tahun hadapan menjadi kenyataan.Insya Allah..
Baca selanjutnya...

TiDuR dAn SoLaT TaHaJJuD

SOLAT tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.


TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja.

Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian – tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selama tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang atlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan.

Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur yang diatur boleh menjimatkan masa kita dan membolehkan kita melakukan ibadah dan kerja-kerja lain.


Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya. Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga jam sahaja.

Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China – Dr Huang Guoxiong dari Kolej Perubatan Lioning.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhn mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )


IBADAH TENGAH MALAM DAN AWAL PAGI DALAM AGAMA LAIN

Penulis pernah bertukar-tukar pendapat dengan guru-guru dan ketua agama yang bukan Islam seperti Buddha, Kristian, Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan pada tengah malam seperti ‘berzikir’ dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antara agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian, Tao, Confusius dan Sikh.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Terdapat juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai kelebihan mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang cemerlang.

Bila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka, mereka menjawab : “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.”

Maksudnya “Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai temujanji yang mesti ditunaikan dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow

Maksudnya “Pencapaian kerjaya yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu sahabat-sahabat mereka sedang nyenyak tidur.”

Ini jelas menunjukkan mereka meminimakan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


Sekarang kita kembali kepada perbincangan solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita perolehi dari mengerjakan solat tahajud sedangkan ketika itulah manusia sedang nyenyak tidur.

Dari segi fikiran logik, kita tidak akan faham bahawa suruhan Allah itu mendatangkan kebaikan. Solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain lagi yang Allah Maha Mengetahui.

Dari segi sains perubatan pula, kita akan menyedut oksigen khusus yang wujud di atmosfera bumi antara lebih kurang jam tiga pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita ke arah menyegarkan badan dan melicinkan gerak saliran darah. Kedua-dua oksigen dn gerak otot itu sangat penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan manusia. Oksigen itu hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sehingga esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini dapat menikmati oksigen tersebut. Mereka yang bangun tidur lewat tidat merasa nikmat oksigen ini.


RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat – kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar ( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.

Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk – pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.

Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.

Baca selanjutnya...

Saturday, November 27, 2010

Ekspo Cheng Ho berjaya



KOTA BHARU, 27 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China.

Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.
Baca selanjutnya...

Wednesday, November 24, 2010

PeNjaGaaN KeSiHaTaN AnaK2 MeNuRuT IsLaM

Part 3 - Mengajar Anak Menggunakan Air Bersih

Para ibubapa perlu mendidik anak-anak supaya menggunakan air yang suci dan bersih menurut syarak. Tujuannya ialah supaya mereka dapat membezakan antara air suci dan air yang terkena najis. Hanya air yang suci menurut syara dapat menjaga kepentingan bersuci atau keperluan hidup mereka dalam kehidupan setiap hari. Menurut syarak, air yang terjaga kesuciannya ialah jumlah air yang mencapai dua kolah atau sama dengan lapan (8) liter walaupun bau, warna dan rasanya berubah disebabkan sesuatu. Jumlah air yang disebutkan dapat membersihkan segala kekotoran najis dan digunakan untuk berwuduk.

Dari `Ubaidillah bin `Abdullah bin Umar, dari bapanya, beliau berkata : Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Kalau air mencapai dua atau tiga kolah air itu tidak menjadi najis kerana sesuatu yang masuk ke dalamnya". (HR Ahmad)

Hadis di atas menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa jumlah air yang boleh digunakan untuk bersuci dan membersihkan najis ialah mencapai dua kolah atau lapan (8) liter. Jumlah air yaang kurang dari lapan liter juga dapat menyucikan diri dan kotoran najis jika ia tidak berubah bau, warna dan rasa.

Kanak-kanak di zaman Rasulullah S.A.W. telah memahami tentang jumlah atau ukuran air yang harus digunakan untuk bersuci. Apa yang dilakukan Abdullah bin Umar itu telah menjadi bukti betapa mudah cara untuk menyucikan diri dan membersihkan kotoran najis. Ramai kanak-kanak di zaman itu telah memahaminya dengan mudah kerana menerima pengetahuan dari Abdullah bin Umar.

Dengan adanya didikan Rasulullah S.A.W. kepada anak-anak yang masih kecil secara praktikal seperti yang dialami oleh Abdullah bin Umar, diharapkan dapat memberikan kefahaman untuk memelihara kebersihan dan kesihatan. Peranan ini harus dimainkan oleh para ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya mereka tahu menjaga kebersihan diri.


* Dipetik dari buku : Penjagaan Kesihatan Anak-anak Menurut Islam karangan Rohawi Musannif, terbitan 2004.
Baca selanjutnya...

Tuesday, November 23, 2010

PeNjaGaaN KeSiHaTaN AnaK2 MeNuRuT IsLaM

Part 2 - Melatih Anak Membersihkan Najis

Para ibubapa perlu membiasakan anak-anak yang masih kecil untuk membersihkan diri dari najis terutama ketika mereka membuang air besar dan kecil. Setelah anak-anak dapat mengenal tentang kotornya najis, mereka harus dilatih untuk menghindarkannya. Cara mendidik anak membersihkan diri daripada najis kencing atau lain-lain hanya dapat dilakukan dengan memberikan contoh praktikal sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.

Anak-anak yang masih kecil mudah diajar dengan cara praktikal. Najis kencing atau buang air besar dapat dibersihkan dengan air atau benda-benda yang menyerap atau kesat seperti kertas, kayu, batu dan sejenisnya. Mereka perlu diajar dengan cara yang betul sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam supaya mereka dapat memelihara kebersihan. Perlu diingat bahawa kebersihan yang dilakukan dengna cara yang betul dapat memelihara ibadah seseorang hamba kepada Tuhannya.

Dari Anas, beliau berkata : "Adalah Rasulullah S.A.W. masuk ke tempat bang hajat, lalu saya dan seorang anak muda sebaya saya membawakan satu bejana air dan satu tongkat panjang. Baginda pun bersuci menggunakan air itu." (HR Bukhari dan Muslim)

Sebagaimana disebutkan di dalam hadis di atas, bahawa Rasulullah S.A.W. setiap kali selesai membuang hajat, baginda membersihkan diri dengan air yang bersih. Perbuatan Rasulullah S.A.W. dalam membersihkan diri dengan air itu telah diperhatikan oleh Anas dan kawan-kawannya sebaya dengannya. Anas dan kawan-kawannya sering membawakan bejana yang berisi air untuk Rasulullah S.A.W. setiap kali membuang hajat.

Pendidikan secara praktikal sebagaimana ditunjukkan di dalam hadis tersebut mudah difahami oleh kanak-kanak. Pendidikan tidak semestinya dengan kata-kata yang panjang lebar, kerana kadang-kadang ianya boleh membosankan. Praktikal yang ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. kepada Anas telah memberikan pengaruh yang mendalam bahawa orang yang membuang hajat seperti kencing dan buang air besar perlu membersihkan diri.


* Dipetik dari buku : Penjagaan Kesihatan Anak-anak Menurut Islam karangan Rohawi Musannif, terbitan 2004.
Baca selanjutnya...

PenCaRiaN

Assalamualaikum wr. wbt...Salam ukhwah salam pejuang2 Islam kepada sahabat2. Hari ini aku ingin berkongsi satu lirik dikir barat. Jika kebanyakan blogger biasanya hanya memasukkan lirik nasyid untuk santapan rohani, namun pada kali ini aku akan berkongsi lirik dikir barat. Bagi aku, apabila mendengar dan menghayati berulang kali dikir barat nyanyian Cikgu Suzily ini, ia mendatangkan satu keinsafan kepada diriku ini. Aku sendiri pun ketika mengajar jarang-jarang aku selitkan unsur kerohanian dalam pengajaran. Itulah kesilapanku. Sama2lah kita menghayati lirik dikir barat ini. Jika terdapat kesilapan dalam aku mengedit dan mengalih bahasa iaitu loghat/dielek Kelantan kepada ayat standard Bahasa Melayu, aku mohon maaf kepada penulis lirik asal dan penyanyi lagu ini.Semoga kita sama2 dapat menghayati dan memahami makna di sebalik rangkap2 bait lirik ini.Semoga manfaat dapat dikongsi bersama..


CIKGU SUZILY – PENCARIAN

CIKGU SUZILY – PENCARIAN

Inilah dia kuasa Tuhan

Tiada siapa yang boleh sekat

Sejuk panas ribut dan hujan

Gempa bumi, banjir dan kilat

Cahaya siang dan malam

Boleh bertukar cerah kepada gelap

Hari, minggu berganti bulan

Habis tahun bertukar abad

Ini dia kuasa Tuhan

Dari bulan dan juga bintang

Laut, bukit, sungai, di darat

Kerbau lembu kambing di padang

Semua yang Tuhan cipta

Dunia hanya pinjaman

Yang kekal adalah akhirat

Makhluk jadi hiasan

Dunia sebelum akhirat

Inilah kuasa Tuhan

Tiada siapa yang dapat menduga

Atas sifat di tubuh badan

Manusia tidaklah sama

Ada perempuan dan juga lelaki

Hodoh, cantik, tua dan muda

Sampai masa jiwa melayang

Jasad kaku tidak bermaya

Sedarilah wahai manusia

Kita hidup atas dunia

Tiada siapa yang akan kekal

Sampai masa dan juga ketika

Bertemulah dengan ajal

Ajal maut tidak mengira siapa

Miskin, kaya, kecil dan besar

Tempat akhir kita berjumpa

Tengah panas di padang mahsyar

Banyak benda ciptaan Tuhan

Manusia tidak boleh cipta

Telinga, mata, kaki dan tangan

Hidup, nyawa, mulut mengucap

Darah daging, nyawa di badan

Tulang, sendi, kulit dan urat

Sebijak mana akal fikiran

Tidak setanding dengan ciptaan Tuhan

Dunia hanya pinjaman

Insafilah wahai manusia

Kita mati sekali sahaja

Selagi nyawa masih ada

Segera cari amalan

Bila kita sudah mati

Maka tinggallah alam dunia

Di dunia kita persia-siakan

Akhirat bala menimpa

Kita hidup atas dunia

Tiada siapa yang akan kekal

Sampai masa dan juga ketika

Bertemulah dengan ajal

Ajal maut tidak mengira siapa

Miskin, kaya, kecil dan besar

Tempat akhir kita berjumpa

Tengah panas di padang mahsyar

Insafilah wahai manusia

Baca selanjutnya...

PeNjaGaaN KeSiHaTaN AnaK2 MeNuRuT IsLaM

Part 1 - Melatih Anak Menjaga Kebersihan

Anak-anak perlulah dilatih supaya sentiasa menjaga kebersihan dari segala kekotoran. Para ibubapa hendaklah selalu mengambil berat terhadap kebersihan anak-anak pada tubuh badan, tempat tidur, pakaian dan sebagainya. Perlu diingat bahawa kekotoran pada pakaian dan tubuh badan seseorang boleh menyebabkan penyakit berjangkit melalui pergaulan dalam masyarakat.

Isalm merupakan ajaran yang bersih dan mengajar semua penganutnya supaya memelihara kebersihan. Selain menjaga kebersihan diri daripada benda-benda najis dan keji, anak-anak juga perlu menghindari semua bentuk kekotoran yang tidak menyenangkan seperti mulut berbau busuk, pakaian berdaki, kulit berdebu dan sebagainya. Sehubungan itu Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

" Meludah di masjid itu suatu kesalahan dan dendanya adalah dengan menguburnya (menimbun dengan tanah)" (HR Ahmad)

Perbuatan meludah di dalam masjid adalah suatu amalan yang tidak sopan dan tidak terdapat di dalam ajaran agama Islam. Ludah termasuk bahan perkumuhan yang tidak memberi faedah dan mengandungi kuman-kuman yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit. Jika ludah tersebut banyak dibuang di merata masjid, kuman-kuman akan membiak dan menyebabkan penyakit berjangkit.

oleh sebab itu, Rasulullah S.A.W. menyuruh supaya menimbusnya dengan tanah sebagai jalan mengelak timbul hal-hal yang tidak diingini berlaku. Jika tidak berbuat demikian, kebersihan masjid yang menjadi tempat orang ramai berkumpul untuk melakukan ibadat akan terganggu.

Kebersihan anak-anak akan terjamin jika mereka sentiasa menjaga kebersihan.


* Dipetik dari buku : Penjagaan Kesihatan Anak-anak Menurut Islam karangan Rohawi Musannif, terbitan 2004.

Baca selanjutnya...

Sunday, November 21, 2010

SPM 2010

Assalamualaikum wr. wbt...Siap mengajar...namun masih banyak kerja yang perlu disiapkan. Semalam aku teringatkan adik bongsuku yang akan menduduki SPM bermula esok. Ucapan ini aku tujukan khas kepada adik bongsuku (ADEEEQ) Noratikah binti Supi...Semoga dapat menjawab peperiksaan dengan hati yang tenang.

Teruskan usahamu wahai adikku..Semoga berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM 2010 pada kali ini. Jika pada Peperiksaan Percubaan lepas dia hanya mendapat 2A, namun kuharapkan pada kali ini dia mendapat semua A dalam madah yang diambilnya...GOOD LUCK MY ADEEEQ...he3..Abangmu sentiasa mendoakan kejayaanmu dunia dan akhirat..

Baca selanjutnya...

Friday, November 19, 2010

KALENDER PUASA-PUASA SUNAT DALAM ISLAM

Assalamualaikum wr. wbt...Salam ukhwah kepada sahabat2 seperjuangan Islam. Disini aku ingin kongsikan artikel @ kalender puasa-puasa sunat dalam Islam. Moga2 kita dapat melaksanakan puasa2 tersebut. Insya Allah kita akan tergolong dalam kalangan orang2 yang beramal dan beribadat kepada-Nya..Amin

Berikut adalah kalender puasa-puasa sunat dalam Islam. Semoga kita dapat menjalani puasa-puasa ini sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah S.W.T dan disamping dapat mempertingkatkan ketakwaan kita kepadaNya. Amin.

PUASA SUNAT

“Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: “Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia (orang yang berpuasa) telah meninggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku.” (Hadits riwayat Muslim)

BULAN

HARI

FHADILAT


Bulanan

1. Hari-hari al-Baidh

( Hari-hari Putih) = 13, 14, dan 15 hb

2. Hari-hari Hitam = pada hari yang ke 27, 28, 29 dan 30 setiap bulan.

3. Pada 3 hari setiap Bulan Qamariah


1. Telah bersabda kepada-ku Rasulullah saw: “Jika kamu berpuasa dalam sebulan, maka puasalah pada 13, 14 dan 15 (hari bulan bagi setiap bulan).” (HR al-Nasaie, Ibn Majah dan Ahmad)

2. berpuasa pada tiga hari tersebut itu sebagai permohonan kepada Allah S.W.T supaya menghilangkan kegelapan pada malam-malam itu.


Mingguan


Isnin & Khamis

Ketika ditanya kepada Nabi saw tentang puasa Isnin dan Khamis baginda bersabda:

Maksudnya: ‘Dua hari itu dibentangkan padanya amalan kepada tuhan sekelian alam (Allah), maka aku suka dibentangkan amalan-ku sedang aku dalam keadaan berpuasa.” (HR al-Nasaiie, Ibn Majah dan Ahmad dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’)


Muharram

‘Asyur


1. Hari Tasu’a iaitu tanggal 1 hingga 9 hari bulan Muharram

2. Hari kesepuluh (10) dlm bulan Muharram (‘Asyura) Disunatkan juga berpuasa sehari sebelumnya atau selepasnya bagi berbeza dengan Yahudi = ( 9, 10 dan 11 Muharram)

3. Disunatkan perbanyakkan puasa di bulan ini.

Hadith:

Maksudnya: “Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah puasa dalam bulan Allah al-Muharram…” (HR Muslim)

Rejab

1. Sepanjang bulan Rejab


Syaaban


1. Keseluruhan bulan kecuali pada hari syak(Hari diragui (antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan)

berdasarkan perkataan ‘Aisyah r.’anha:

Maksudnya: “Tidak aku melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan melainkan dalam bulan Ramadhan dan tidak aku melihat baginda lebih banyak berpuasa berbanding Syaban, baginda puasa dalam bulan Syaban keseluruhannya, melainkan sedikit (sahaja hari yang baginda tidak berpuasa).” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Syawal

1. Puasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal

1. Sabda Nabi saw: Maksudnya : “Siapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diturutinya dengan 6 hari Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun.” (HR Muslim)




Zulhijjah

1. Hari yang ke-9 dalam bulan Zulhijjah bagi orang yang tidak berwuquf di Arafah. (Hari Arafah)

2, Disunatkan juga berpuasa pada hari ke 8 Zulhijjah

3. Bahkan adalah disunatkan berpuasa lapan hari iaitu dari hari yang pertama bulan Zulhijjah hingga ke hari yang ke lapan.

4. Sepuluh hari yang pertama pada bulan Zulhijjah ( 1 hingga 9 Zulhijjah , dan 14 Zulhijjah)

1. Kelebihan berpuasa pada hari itu menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Qatadah Al-Anshari berkata:

Maksudnya: “Dan ditanya (Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam) tentang berpuasa di hari Arafah? Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadits riwayat Muslim)

2. Hadits yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, daripada Nabi S.A.W bersabda:

Maksudnya: “Tidak ada hari-hari yang lebih dicintai oleh Allah untuk dilakukan ibadah kepadaNya daripada sepuluh hari di bulan Zulhijjah, dimana satu hari berpuasa daripadanya (sebanding) dengan puasa satu tahun dan mendirikan ibadah satu malam daripadanya (sebanding) dengan mendirikan ibadah pada lailatulqadar.” (Hadits riwayat Tirmidzi)

3. “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W adalah melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di hari ‘Asyura’ dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (Hadits riwayat An-Nasa’i)

Bulan-bulan Haram

1. Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram, dan Rejab


Hari yang dilarang berpuasa

(HARAM)

1. Aidilfitri iaitu pada 1 Syawal.

2. Aidiladha pada 10 Zulhijjah.

3. Tiga hari Tasyriq iaitu pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah.

4. Hari syak atau hari diragui (antara 30 Syaaban atau sudah masuk 1 Ramadan)



Hari yang MAKRUH berpuasa

1. JUMAAT SAHAJA.- Namun begitu, jika seseorang itu berpuasa berturut-turut dimulai pada Khamis dan disambung Jumaat atau dimulai Jumaat dan disambung Sabtu, maka hukumnya dibolehkan.

Begitu juga boleh berpuasa pada Jumaat sekira-nya berpuasa berselang hari (seperti puasa Nabi Daud), dan kebetulan puasa itu jatuh pada Jumaat.

2. SABTU SAHAJA – Begitu juga, kalau berpuasa sehari sebelumnya dan sehari selepasnya, bolehlah berpuasa pada Sabtu. Begitu juga kalau kita berpuasa berselang hari, kebetulan harinya jatuh pada Sabtu, boleh berpuasa pada hari itu.

“Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: “Dimanakah orang-orang yang berpuasa?” Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorangpun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorangpun yang masuk dari padanya.” (Hadits riwayat Bukhari)

“Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun.” (Hadits riwayat Bukhari)

*peringatan kepada diri sendiri..

Baca selanjutnya...